KUALA LUMPUR : Najib Razak dan Muhyiddin kini bermandikan peluh keresahan apabila bingung untuk memutuskan calon Barisan nasional (BN) di Hulu Selangor.
"Malah saya melihat kesukaran menentukan calon yang akan mewakili BN sekali ini mendedahkan kepada rakyat bahawa gabungan BN dan semangat setiakawan antara mereka sudah retak menunggu belah. Pergolakan dalaman BN sudah sampai di kemuncaknya," jelas Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam kenyataan medianya kepada Erapakatan.com.
Menurut beliau, kehagatan dan pergolakan dalaman BN seolah-olah tidak dapat disembunyikan lagi.
Malahan Media arus perdana semacam membuka pekung di dada dengan menyiarkan secara meluas pertilingkahan dalaman BN terutama kemelut yang berlaku dalam Parti kompenen yang mewakili orang India, MIC.
"Sehingga semalam belakunya beberapa isiden apabila Ketua 18 bahagian MIC di Selangor hari ini tampil mendesak pucuk pimpinan BN supaya mengesahkan pemilihan Datuk G Palanivel sebagai calon sepertimana yang diperakukan oleh presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
"Selain itu sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor memberi kata dua kepada kepemimpinan BN agar mecalonkan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya.
Dalam perkembangan yang berkaitan timbalan pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, VS Chandran akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Chandran, 56, yang sedang digantung selama setahun oleh parti telah mengumumkan hasratnya kelmarin.
Kemucak dari pergolakan dalaman MIC apabila mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat MIC di ibunegara malam tadi memutusakan Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih esok sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
"Apapun saya yakin kemelut itu akan memberi nilai tambah untuk memenangkan calon PR.
"Rakyat sudah dapat menilai bahawa Pakatan Rakyat (PR) adalah wakil mereka untuk menyelamatkan negara di masa akan datang. Beliau berkata, walau apa juga yang terjadi PR telah membukti kemantapan gabungan dan semangat setiakawan yang tinggi sehingga lebih awal mengumumkan calonya tanpa jalan sukar dan berliku seperti yang ditempuh BN.
Zaid Ibrahim telah ditabalkan sebagai calon PR tanpa ada isu besar sebagaimana BN walaupun masih ada usaha untuk melagakan oleh beberapa pihak tetapi ternyata gagal.
"luka dalam BN sudah berdarah, siapapun yang akan dipilih oleh BN dan akan diumumkan oleh Muhyiddin pada jam 4.00 petang ini , mesti ada pihak yang tidak berpuas hati dan ada unsur cantas mencantas, jatuh menjatuhkan dan undi protes akan berlaku.
"Paling menarik bila kita bebicara sedikit mengenai Umno yang sejak awal tidak bepuas hati yang saya jangka meraka akan mengundi dan membantu serta memihak kepada calon PR," kata beliau.
Bagi beliau, dengan cara itu sahaja MIC dapat diajar supaya tidak bertanding lagi di Hulu Selangor pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan