Khamis, 15 Julai 2010

9 Penemuan Orang Islam Yang Mengkagumkan

Kita selalu didoktrinkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan henat dalam sains dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.
Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Pembedahan
Dr Al Zahrawi @ isuhangat
Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.


2. Kopi
kopi yemen @ isuhangat
Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.

3. Mesin Terbang
Abbas ibn Firnas @ isuhangat
Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

4. Universiti
Fatima al-Firhi @ isuhangat
Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.

5. Aljabar
aljabar @ isuhangat
Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.


6. Optik
kejayaan Islam @ isuhangat
“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.

kejayaan besar muslim@ isuhangat


7. Muzik
muzik Islam @ isuhangat
Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.

lute @ isuhangat

8. Berus Gigi
berus gigi@isuhangat
Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.

9. Takal/ Crank
takal @ isuhangat
Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.

1 ulasan:

MoneyCome2u berkata...

helo encik, penemuan hebat nie adalah dikalangan bangsa arab dan parsi, bukan melayu.

ketika zaman kegemilangan Islam di eropah, arab, dan parsi, org2 melayu masih menganut agama hindu.

tak perlu bangga dengan pencapaian bangsa lain yg suatu masa dulu sangat maju pemikiran mereka.

skrg dah berubah. Barat dan jepun adalah bangsa yg memajukan teknologi.

kenapa org2 barat mencapai kemajuan teknologi yg pesat. rahsianya ialah KEUSAHAWANAN dan REVOLUSI PERINDUSTRIAN. Microsoft, Apple, Google, Nokia, FORD, BOEING, LOCKHEED MARTIN,HP, Wal Mart dll adalah pemangkin kemajuan dunia. Mreka menjadikan teknologi sebagai satu peluang perniagaan.

ini menyebabkan berlakunya persaingan untuk merebut pasaran terbuka. bayangkan kalau internet dan komputer dicipta oleh pihak kerajaan. semestinya telefon yg anda pakai sekrang sama seperti 10 tahun lepas.

Ramai org Melayu Islam di Malaysia tak sedar perkara nie. Kemajuan teknologi hanya boleh dicapai dengan berlakunya persaingan.

Senang cerita jalankan perniagaan.
Drpd jadi jurutera aeroangkasa lebih baik belajar berniaga, kumpul modal dan bangunkan projek kejuruteraan sendiri. Banyak potensi dlm bidang ini sebagai contoh.

Keberanian lebih banyak ganjarannya berbanding kepandaian. Masih banyak konsep kejuruteraan yang masih belum diterokai.

Nabi berpesan bahawa 9 dr 10 rezeki ialah berniaga tp hanya satu pintu sahaja bekerja makan gaji.

9 peluang berniaga, hanya 1 atau 2 sahaja yg sudah dibuat ttp 7 dan 8 peluang perniagaan masih belum diterokai.

Tak guna kalau kita banggakan kegemilangan bangsa lain suatu masa dulu. Nak lawan ekonomi barat, kalau setakat belajar ilmu agama tak payah lah....

saya pon blaja sekolah pondok dulu tp saya sedar bahawa agama Islam nie hanya mengikut tafsiran orang kampong( orang yg tiada kesedaran utk majukan minda sendiri & masyarakat).

Nak majukan Islam, jadikan bidang kejuruteraan dan lain lain sebagai satu peluang perniagaan. Buat 10 universiti aeroangkasa pon x guna kalau xde individu yg berani mulakan industri.

Hanya keusahawanan sahaja yg boleh memajukan dunia.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...