BAYAN LEPAS, 13 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad cuba memberikan kenyataan berbaur provokasi tentang isu Kampung Binjai kepada umum kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat bertindak zalim terhadap pemilik 46 rumah di kawasan seluas 2.5 hektar, dirobohkan oleh pihak pemaju untuk tujuan pembangunan.
Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim berkata apa yang dinyata dalam akhbar 'Sinar Harian' tidak berlaku sebaliknya hanya satu pembohongan Adun berkenaan untuk memenuhi agenda memburuk-burukkan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Padahal, katanya pertemuan dengan penduduk baru sahaja selesai untuk menerangkan kepada mereka tentang pentingnya penubuhan jawatankuasa bertindak untuk menangani masalah yang timbul sejak pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu lagi.
"Nak buat macam mana bila tiba peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat, kita terpaksa menerima apa yang ditinggalkan oleh BN. Tetapi, setakat ini tiada apa-apa perobohan sepertimana yang didakwa oleh Adun Pulau Betong sebaliknya hanya mainan politik Umno dan BN untuk tujuan memburukan nama Kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang rancak membangunkan negeri ini lebih baik dari kerajaan terdahulu," tegasnya dengan nada kesal.
Menurut Farid, penduduk terpaksa keluar walaupun notis yang diberikan dalam masa singkat di mana tujuh keluarga telah berbuat demikian dan terpaksa menumpang di Dewan Orangramai Permatang Damar Laut.
Bagi Iszuree, sebagai wakil rakyat, Farid sepatutnya bersama MPPP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantu penduduk yang diancam pembangunan bukan menikam belakang dengan kenyataan palsu.
Ini tidak, katanya, pemimpin Umno tidak datang melawat bahkan bercakap dari jauh dan beranggapan apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat buat untuk membela rakyat yang teraniaya sebagai satu penindasan.
"Itu dia wajah sebenar kepimpinan Umno dan BN, mereka asyik menunding jari ke arah Kerajaan Pakatan Rakyat walhal mereka adalah pencipta masalah. Bila jatuh dari kuasa semua yang mereka lakukan dulunya seolah berpaling kepada kita yang baru dua tahun memegang tampuk pemerintahan di Pulau Pinang," ujarnya.
Akibat daripada kenyataan berbau fitnah itu, ramai sanak saudara penduduk yang tinggal di Kuala Lumpur risau tentang kedudukan rumah ibu bapa mereka serta nasib penduduk yang diarahkan keluar serta merta.
Menurut Iszuree yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Bayan Baru pertemuan antara Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husein yang juga peguam menceritakan hak-hak yang boleh dituntut dan cara mana peranan badan bertindak.
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan