Sabtu, 17 Julai 2010

Sumbangan Untuk Program Bubur Lambok pada bulan Ramadhan 2010 / 1431Hijrah


Sempena dengan kedatangan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi , Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang akan menganjurkan program pengagihan bubur lambok kepada penduduk sekitar kawasan Bayan Baru.

Bagi menjayakan program ini kami ingin menjemput anda semua untuk sama-sama kita beramal di bulan yang mulia ini dengan menyumbangkan tenaga ataupun wang tunai bagi yang berkemampuan. Kos untuk Satu periuk bubur lambok berjumlah rm150.

Sumbangan Untuk 1 Periuk RM150.00

Tetapi tuan.puan boleh derma seberapa banyak yang mungkin, berdasarkan kemampuan.Tiada paksaan.

*Salurkan sumbangan anda terus ke akaun bank kami di AGRO BANK (dahulunya dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia Berhad) di akaun bernombor : 1007-111-0000-274-00 atas nama Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang.

*SMSkan nama anda sebagai penyumbang derma ke no. telefon bimbit Ketua Penyelaras Unit Ehsan Pulau Pinang, Zulkarnain 019-5082933*

Program pengagihan bubur lambok akan di adakan pada:

Tarikh: 22 Ogos 2010 / 12 Ramadhan 1431H ( Ahad )
Jam : Selepas Solat Asar
Tempat: Hadapan Pintu Masuk Masjid Bayan Baru

SEMUA DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa , pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya .”Berkata sahabat : Bagaimana jika kami tidak dapat memberi makan orang yang berpuasa ( berbuka puasa ) ya Rasulullah ? Nabi bersabda : “ Allah memberi pahala kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma , atau segelas air.


Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...