PULAU PINANG, 10 Julai: Program 'Hari Kebudayaan India Muslim' anjuran Masjid Kapital Keling dan laman web sosial Indiamuslim.com.my yang julung kali diadakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuktikan masyarakat tersebut tidak pernah dipinggirkan sebaliknya disanjung kerana bertanggungjawab dalam menyebarkan Islam selain pedagang Arab ke Malaysia.
Pengarah program, Mohd Rizwan Abdul Ghafoor Khan menyifatkan kejayaan penganjuran itu dapat memberi kefahaman kepada berbagai lapisan masyarakat Melayu, Cina, India mahupun pelancong asing bahawa peranan yang dimainkan oleh masyarakat itu cukup tinggi terhadap pembangunan negeri ini sejak dulu.
Makanan popular di negeri ini seperti nasi kandar dan putumayam adalah makanan paling senang diperolehi di mana-mana kedai makan India Muslim sekaligus menolak anggapan ia dibawa dan diperkenalkan oleh masyakat India yang turut datang menjalankan urusan perniagaan ke Tanah Melayu ketika itu.
"Banyak aneka makanan yang ada di hari ini dan paling popular ialah nasi kandar dan putumayam yang senantiasa menjadi daya tarikan. Sebelum ini masyarakat hanya tahu makan tetapi hari ini kita mempamerkan cara membuatnya," ujarnya bangga dengan sambutan yang luar biasa.
Menurutnya, program sehari sempena cuti umum 'Hari Warisan' setiap 7 Julai setiap tahun mulai 2010 sebagaimana yang diisytiharkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengetengahkan empat perkara iaitu makanan, perniagaan, permainan dan sejarah.
"Apa pun kami mengucapkan terima kasih pada Jabatan Warisan Pulau Pinang kerana berjaya bersama-sama dalam penganjuran ini walaupun dalam masa yang suntuk," katanya.
Selain itu, pihak penganjur juga mewujudkan sebuah muzium sehari di Dewan Makam Nordin yang menceritakan sejarah Masjid Kapital Keling serta lokasi bangunan persekitaran di awal tahun kebanjiran India Muslim bertapak di Pulau Pinang.
Dalam masa yang sama satu laman website www.kapitalkelingmosque.com khas untuk masjid yang dirasmikan oleh Yang Dipertua negeri, Tun Dr Abdul Rahman Abas.
"Mulai saat ini apa pun perkembangan mengenai kegiatan masjid mahupun India Muslim boleh didapati dalam website tersebut," katanya.
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan