Calon no 1
Aku secara rasmi menjadi ahli Keadilan tahun 2002 bila pindah ke Kuala Kangsar tapi Parlimen Padang Rengas. Kali pertama aku jumpa Azmin sekitar tahun 2003. Masa tu pejabat Keadilan Padang Rengas menumpang disebuah stor buruk, ihsan dari seorang penyokong kat Pekan Lubuk Merbau. Nak sewa ofis, tak ada duit. AJK pun semuanya mengharapkan duit getah yang masa tu lebih kurang dua ringgit sekilo.
Aku diminta buat satu ceramah dan jemput Azmin. Nak cari modal untuk buat ceramah…mau antara 200-300 ringgit. Buat kutipan..tak sampai seratus ringgit.
Malam tu, Azmin sampai dengan Rexton. Disambut macam hero. Ada yang cium tangan. Fuh!!! itu bukan stail aku. Feudalistic. Ketika ahli-ahli bawahan berjuang sampai pecah tabung, Azmin datang dengan Rexton baru.
Lepas tu aku tak pernah jumpa Azmin. Sehinggalah Mesyuarat Agung di Sungai Petani untuk meluluskan percantuman dengan PRM. Masa tu baru aku jumpa macam-macam orang dan dengar macam-macam cerita. Tapi yang tu aku cuma marah kat Mus..sebab ketika orang lain mengundi untuk bersetuju atau tidak, dia buat PC kat hotel mengutuk parti. Pasal kutuk parti melalui media ni bukan perkara baru..Mus dah buat tahun 2003 dulu.
Tahun 2004, PRU 11. Aku jadi SU J/kuasa Pilihanraya Padang Rengas. Azmin jadi Pengarah Pilihanraya Pusat. Apa yang Azmin buat?
Bendera tak ada, poster tak ada, duit tok sah cakap la. Aku berhutang beli kain biru yang buat baju sekolah budak perempuan tu…dan buat bendera. Yang tu pun tak pa lagi.
Tapi bila Roslan Kassim and the gang keluar parti, yang tu cukup leceh. Habis pilihanraya, habis kambing sekandang bayar hutang. Sepatutnya aku dah lama keluar parti kalau nak difikirkan tentang duit.
Bila Anwar bebas, datang semangat baru. Lawan tetap lawan. Aku jadi Pengarah Pilihanraya PKR Padang Rengas. Dan Azmin pun melancarkan SISMEP. Keluar suratkhabar tentang PKR sudah ada sitem baru untuk menang pilihanraya. Aku pun pi KL untuk menerima sebuah fail yang tiga kali lebih tebal dari Quran. Tapi bila balik…hampas. Ramai Ketua Cabang yang bila dapat fail SISMEP, masuk dalam kotak dan tak pernah buka.
Yang diberi hanyalah hard-copy, tapi masterfile dalam bentuk soft copy termasuk sistem Azmin yang control. Semua orang ingat, Azmin memang terror sebagai Pengarah Pilihanraya. Tapi bila Saifuddin ambil alih jawatan tersebut, Saifudin dapat bilik kosong. Semua maklumat tentang Jawatankuasa Pilihanraya pusat kepunyaan Azmin, bukan kepunyaan parti. Bila Fuziah ambil alih, dapat la sikit-sikit dari Saifudin, tapi maklumat dan sistem, terpaksa menyembah Azmin.
Semasa Anwar dalam penjara, Azmin jadi bos. Sapa yang tak boleh ikut cakap dia, habis kena cantas. Tanya saja kepada semua yang keluar parti…mesti ada kaitan dengan Azmin. Tapi pasai apa bila keluar, tak ada yang kutuk Azmin? Sebaliknya semua kutuk Anwar atau Azizah. Yang tu heran jugak.
Malah kalau tanya Kak Wan, dia kata dia tak suka Azmin. Tapi bila tanya apa pasai…sapa pun tak mau jawab. Sebab kalau jawab, bukan Azmin yang kena…tapi kesannya akan kena pada Anwar.
Aku tak mau ambik pot tentang peribadi Azmin…tapi cara politiknya yang aku tak suka. Sebiji macam Umno. Bila PR memerintah Selangor, Azmin nak jadi Menteri Besar. Tapi Kak Wan lebih suka pada Khalid. Dan bila Khalid jadi Menteri besar, Azmin mula tikam dari belakang. Dan orang yang menjalankan kerja buruk dia ialah Manickavasagam. Habis cerita dalam seluar kena bongkar. Mana Mike dapat maklumat itu?
Semasa retreat di Shah Alam, teruk Khalid kena belasah. Sehingga memaksa Khalid membuat kenyataan dia tak akan bertanding apa-apa jawatan dalam parti. Azmin takut, kalau Khalid popular, alamat dia teruk.
Satu lagi retreat dibuat di Port Dickson dengan belanja hampir 30 ribu. Sapa tanggung?
Retreat tersebut diatur untuk mengutuk Khalid. Teruk lagi Khalid kena belasah. Dan orang yang membelasah Khalid adalah mereka yang berdiri dibelakang Azmin menyatakan sokongan.
Sebelum kongres di Kota Bharu berjalan, sekali lagi Azmin mengatur strategi untuk membelasah Khalid. Bila tiba masa perbahasan, lepas sorang-sorang balun Khalid. Adakah ianya berlaku secara sepontan? tidak. Ianya dirancang disebuah hotel di Kota Bharu. Dan dalangnya ialah Azmin.
Selesai kongres di Kota Bharu, Anwar terpaksa mengalah kepada Azmin. Khalid terpaksa melantik orang-orang Azmin kedalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Khalid mengumumkan kerajaan Selangor akan membelanjakan 15 juta ringgit untuk melawan dakyah BN. Dan peruntukan tersebut disalurkan melalui PIKOM. Diuruskan oleh Pengurus Kempen Azmin, Zack Pahang. Apa yang telah dibuat dengan peruntukan 15 juta? Apakah yang telah dibuat oleh PIKOM? TV Selangor macam tu juga. Blog Penarik Beca lagi popular dari TV Selangor atau Selangorkini.
Team Azmin boleh bergerak kesana sini, boleh buat majlis berbuka puasa di hotel, boleh buat majlis rumah terbuka disetiap Cabang, sebab ada peruntukan. Dan semua Team Azmin dapat habuan dari 15 juta peruntukan Kerajaan Selangor.
Sebiji macam Umno.
Paling aku berbulu ialah masa PRK Hulu Selangor. Sepatutnya tempat tu dah boleh menang, tapi oleh kerana ada pemimpin yang mensabotaj, lingkup. Buat kerja susah payah, ada pulak orang yang lebih pentingkan kuasa dia dari kemenangan parti. Malas aku nak ulang lagi.
Dan yang paling aku meluat, bila Kamarul buat sidang media mengatakan 20 Ahli Parlimen menyokong Azmin. Kemudian Yaakop Sapari pulak buat sidang media, 13 ADUN menyokong Azmin. Sebiji macam apa yang Anwar buat masa dalam Umno.
Aku tolak umno bukan pasai nama dia Umno. Tapi pasai budayanya. Kalau budaya itu juga dibuat dalam PKR..mampuih pi la.
Dengan duit yang banyak, Azmin mampu mencaturkan pemilihan dan pencalonan. Sapa yang lawan Azmin, alamat out. Dan bila orang kata Azmin akan menang dalam Pemilihan ini, aku juga percaya. Sebab ramai orang dalam PKR ni dah pokai. Dapat dua tiga ringgit pun, jadi la.
Sekarang, masing-masing cakap tentang Team Player. If you’re not in Azmin’s team, you’re not a team player.
Calon no 2
Mustaffa Kamil Ayub
Diantara kepimpinan PKR, aku mula-mula kenal Mus…sebab dia Ketua Cabang Kuala Kangsar. Tahun 99, dia bertanding di Bagan Serai dan kalah. Bila kalah, dia lari ke Kuala Kangsar. Tahun 2004, dia bertanding di Bukit Chandan (DUN) dan Lumut (Parlimen).
Masa nak bertanding di Bukit Chandan, duit deposit semua parti bayar. Dan untuk menggerakkan jentera pilihanraya..Mus hanya bawa lima ratus ringgit. Dengan lima ratus ringgit nak tanding DUN? Akhirnya semua minta bantuan Pas. Nasib baik la ada kawan-kawan yang tolong bantu.
Lepas Pilihanraya, Mus hilang. Cuma balik Kuala Kangsar kalau ada orang panggil ceramah atau mesyuarat parti. Mesyuarat negeri tak pernah hadir dan Cabang Kuala Kangsar dibiarkan kepada Timbalan.
Tahun 2005, Hj. Osman letak jawatan Ketua PKR negeri dan juga Ketua Bahagian Pasir Salak. Mus tinggal Kuala Kangsar dan pergi memangku Bahagian Pasir Salak. Kalau ikut ceramah memang bagus, tapi kerja habuk pun tarak. Walaupun memangku jawatan Ketua Bahagian, seperti biasa dia tak hadir mesyuarat negeri, sebab Hj. Mail yang jadi Ketua PKR Perak.
Mus hanya terlibat dalam PKR Perak bila tiba pilihanraya. Habis pilihanraya, dia pun hilang. Mungkin terlalu sibuk di Kuala Lumpur.
Bila BN tewas di Perak, masing-masing berebut mahukan jawatan di Perak. Mus yang kalah pun melobi untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak. Tu yang buat Jamal marah sangat kat Mus. Hj. Osman yang dah letak jawatan pun melobi untuk balik menerajui PKR Perak.
Akhirnya Hj. Osman berjaya balik ke Perak apabila Anwar menyingkir Hj. Mail dengan bantuan Azmin. Tak sampai enam bulan Hj. Osman memerintah PKR Perak, Pakatan Rakyat Perak lingkup. Sehingga sekarang, aku masih marah kat Azmin kerana kerakusan dia untuk meletakkan Hj. Osman di Perak menyebabkan Pakatan Rakyat Perak lingkup. Dan aku salahkan Anwar juga sebab dengar cakap Azmin.
Bila Perak lingkup, Hj. Osman hilang. Cuma hadir di Perak bila ada mesyuarat atau ceramah. Bila ada Anwar..baru nampak muka dia.
Ramai yang mengharapkan Pilihanraya DUn akan diadakan di Perak. Dan peluang untuk PR mengambil balik Perak memang tinggi masa tu. Dan masa tu juga baru nampak Mus balik kePerak untuk mengintai kerusi Menteri Besar Perak kalau PR berjaya merampas kembali Perak.
Dengan lobi yang kuat, akhirnya Mus berjaya dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak apabila Hj. Osman disingkir. Perkara pertama yang dipromo di Perak ialah “Inilah bakal Menteri Besar Perak”. Mus menonjolkan imejnya lebih besar dari parti. Dia mengumumkan pelbagai perancangan dan pelancaran…tapi semuanya hanyut.
Mus melancarkan HADARI. (Harapan Baru Darul Riduan). Dengar nama HADARI pun pun nak gelak. Dia lancarkan GEMA. (Gerakan Mencari Ahli)..Tapi semuanya retorik. Macam mana nak buat kalau takat air liur?
Pasal glamer, memang nombor satu. Dalam setiap program, gambar Mus mesti lebih besar dari orang lain. Malah lebih besar dari Anwar. Keghairahan Mus untuk menonjolkan dirinya menyebabkan dia dikenali sebagai Mat Gambor. Tapi takat tu saja.
Perlantikan Mus sebagai Ketua PKR Perak pada mulanya disambut dengan penuh harapan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Mereka merasakan Mus mampu berganding dengan Pas untuk membentuk imej yang lebih baik dikalangan orang Melayu, terutamanya selepas Jamal dan Osman melompat.
Tapi tak lama….pemimpin Pas Perak kecewa dengan Mus kerana Mus jarang datang mesyuarat Pakatan Rakyat. Mus hanya menghantar Madzi sebagai wakil. Malah pernah menghantar Kesavan untuk mesyuarat Pakatan Rakyat. Banyak keputusan tak dapat dibuat keranan Mus tak datang mesyuarat. Akhirnya, Pas dan DAP buat sesama depa dan PKR sering ketinggalan.
Ramai ahli PKR marah kat Pas dan DAP sebab depa buat program tak panggil PKR…tapi nak buat macam mana kalau Pengerusi PKR Perak pun buat tak layan kat mesyuarat Pakatan?
Tumpuan Mus bukan nak memperkukuhkan parti, tapi nak cari kerusi selamat. Mula-mula dia nak ke Behrang. Tapi bila orang Tanjung Malim tak mau dia, dia nak lari ke Parit Buntar mengintai kerusi Kuala Kurau. Tak kan Yunus nak lepas kot? So hangpa tau pasai apa Mus tak boleh nak bersemuka dengan AMK Perak?
Lepas tu dia intai Bagan Serai. Last-last, bila tak ada tempat yang sanggup memberikan ruang kepadanya, baru la Mus balik ke Pasir Salak. Tapi orang Pasir Salak dah kecewa. Depa panggil balik Hj. Osman.
Mus bawa Anwar ke Pasir Salak untuk mencari populariti. Program-program besar semuanya dibuat di Pasir Salak dengan harapan orang Pasir Salak akan melihat kehebatan Mus. Tapi orang bawahan bukan nak tengok pandai mana hangpa bodek pemimpin atasan. Orang bawahan nak tengok apa yang hangpa buat untuk depa.
Sepanjang pemerintahan Mus sebagai pengerusi MPN Perak, yang dapat aku tengok hanyalah program-program glamer yang hanya mahu menonjolkan imej Mus. Tapi terlebih sangat sampai orang meluat. Kalau kat ceramah Pas pun dia dok edar flyer tentang biodatanya…apa cerita?
Nak cari pemimpin PKR yang dapat menyaingi Nizar..memang tak ada. Semua orang mengharapkan Mus untuk naik, tapi Mus gagal.
Dia bukan saja gagal untuk memperkukuhkan PKR Perak..malah kat peringkat Cabang pun gagal.
Macam mana aku nak sokong dia? Mungkin ada yang akan bagi alasan sebab dia banyak tanggungjawab yang dia nak buat. Biro antarabangsa la. Biro latihan la…
Kalau tak ada masa..tak payah la tanding Timbalan. Nanti itu pulak dijadikan alasan.
Calon no 3
Zaid Ibrahim
Sebelum PRU 12 dulu, ini hujah BN terhadap BA+DAP. Masa tu Pakatan Rakyat belum ada lagi.
1. Macam mana pembangkang nak memerintah sedangkan depa tak ada pengalaman?
2. Macam mana depa nak memerintah sedangkan depa sendiri dok beramuk? Pas tak boleh duduk dengan DAP.
3. Kalau pembangkang menang, hak Melayu habih tergadai.
4. Kalau pembangkang menang, Pas jadi boneka DAP.
5. Kalau pembangkang menang, negara hancur.
6. Anwar ejen CIA, ejen Yahudi.
Apa pula manifesto BA+DAP?
1. Kita akan hapuskan rasuah dan penyelewengan.
2. Kita akan memberikan keadilan kepada semua.
3. Kita akan memberikan kebebasan bersuara dan kebebasan media.
4. Kita akan kembalikan hak rakyat.
5. Kita akan pastikan sistem yang adil, telus dan berwibawa.
Hangpa sambung la lagi. Banyak janji-janji yang dibuat oleh BA+DAP.
Itu sebelum menang. Bila dah menang?
Sekarang ramai orang-orang PKR dah mula rasa keenakan memegang kuasa. Dan bila pegang kuasa, apa yang depa cakap?
Kita kata nak bagi keadilan untuk semua tapi bila Zaid nak bertanding, kita kata dia masih baru. Kesetiaan belum teruji.
Bila umno kata Anwar ejen Yahudi dan CIA, kita melenting. Mana bukti?
Tapi bila orang kata Zaid ejen Umno…terus percaya?
Kita jadi jaguh untuk kebebasan bersuara…tapi bila ditegur, kita melenting. Ciss…kurang ajar. Kita maki Umno takpa…tapi kalau ada orang tegur kita, melenting. Kurang ajar…tak hormat pemimpin.
Kita marah Utusan kutuk kita, tapi Harakah dan suara Keadilan ada cerita yang baik tentang Umno ka? Serupa saja.
Kita kutuk SPR yang tak adil dan tak telus. Tapi bila Zaid kutuk sistem kita yang dua kali lima, kita marah.
Aku kenal Zaid macam aku kenal Anwar. Cuma tengok dari jauh. Cuma dalam setahun dua ni baru aku ada peluang duduk sembang dengan Anwar. Itu pun secara berkumpulan.
Kali pertama aku berhadapan dengan Zaid ialah masa Majlis Dialog yang dianjurkan oleh AMK Perak kira-kira tiga bulan lalu. Dialog selama dua jam itu yang menarik minat aku. Bukan aku minat tentang kepetahan dia, tapi idea dia tentang Pakatan Rakyat dan macam mana nak ke Putrajaya. Frank and straightforward. Tak ada retorik…walaupun ada masanya sakit hati jugak bila dia kutuk PKR kerana masih lemah berbanding Pas dan DAP. Tapi apa yang dia cakap adalah realiti.
Lepas tu aku tak pernah jumpa dia. Aku tak minat nak jumpa orang ‘atasan’, tapi pasai dah terdesak, aku jumpa dia juga minta tolong.
Team aku sedang membangunkan sistem pemantauan pengundi untuk JPRP. SPR buat macam-macam kat Daftar Pemilih, menghilangkan pengundi, mengubah tempat mengundi..tapi sapa nak pantau apa yang SPR buat? Berapa banyak Cabang PKR yang ada Daftar Pemilih terkini? Kebanyakan Cabang tak tau pun Daerah Mengundi depa sudah berterabur. Hangpa pi la tanya …Cabang mana yang ada Daftar Pemilih terkini? Masa PRK Hulu Selangor, Dolah Sani sendiri tak tau Batang Kali dah ada 18 Daerah Mengundi. Dia masih pakai Daftar Pemilih 2008 yang ada 16 Daerah Mengundi.
Tapi nak buat sistem bukan murah. Nak beli Daftar Pemilih seluruh Malaysia memerlukan antara 60-70 ribu. Nak bayar programmer pun makan 10-20 ribu. Bukan senang nak menjejak 12 juta pengundi di Malaysia. Umno memperuntukkan 14 juta untuk membangunkan sistemnya. boleh tengok disini…http://sikap.com.my. Tapi hangpa tak boleh masuk kecuali ikut pintu belakang.
Aku cuma minta 300 ribu untuk menghasilkan sistem yang lebih baik dari itu. Dan JPRP setuju. Bayar ikut mana yang mampu…secara ansuran pun takpa.
Fasa pertama, kena beli Daftar Pemilih. Kami keluar 50 ribu. Dah siap…duit tak ada. 50 ribu hanya cukup untuk bayar programmer, dan Daftar Pemilih untuk 4-5 negeri.
Sampai sekarang, satu sen pun tak dapat dari parti. Modal hangus, member terpaksa jual Harrier. Aku tebai muka. Kereta tersadai kat workshop dah tiga bulan. Tapi aku tetap nak buat juga, sekurang-kurangnya…dapat beli daftar pemilih. Dan aku minta tolong kat Zaid, sebab orang kata dia banyak duit.
Zaid bagi tau, kalau nak daftar Pemilih dia boleh tolong dapatkan, kalau nak programmer, dia boleh dapatkan. Tapi kalau nak cash..sori la. Tak kan nak beli Daftar Pemilih pun parti tak mampu? Buat Kongres habih berjuta, nak beli Daftar Pemilih tak ada duit? Habih tang situ.
Aku kata, toksah nak beli Daftar Pemilih…nak hantar notis Mesyuarat Agung pun tak dak duit nak beli setem.
Macam tu nak pi Putrajaya? toksah la berangan-angan nak pi Putrajaya kalau parti pun teruk.
Kemudian demam Pemilihan pun bermula. Semua calon nak cari kaki. Dan kaki Zaid untuk Perak ialah Hj. Mail. Hj. Mail minta aku tolong, sebab dia rasa Zaid lebih baik. Dengan Mus, Hj. Mail tak ngam. Dengan Azmin, sejarah lama masih terngiang dikepala. Aku jadi derebar Hj. Mail. Dan kali kedua aku jumpa Zaid kat R&R Bukit Gantang makan kacang rebus dan pekena kopi O. Bukan kat hotel.
Tiba-tiba, Hj. Mail dapat jemputan dari Azmin untuk perjumpaan di Permatang Pauh. Hj. Mail kata dia saja nak pi tengok. Tapi bila balik, dia pusing 180 darjah. Sebabnya? If you’re not with Azmin, you’re out.
Memang Hj. Mail patut cakap macam tu, sebab bila dia lawan Azmin masa dia jadi Pengerusi PKR Perak dulu…dia out. This time, kalau Azmin menang, Mus gerenti out.
Hubungan dengan Zaid terputus.
Satu hari dalam bulan puasa, aku dijemput oleh seorang wakil Zuraida untuk berbuka puasa. Aku terima. Selepas berbuka, Kami berbual dan aku diminta untuk menulis tentang keburukan Zaid. Dibayar setiap bulan untuk menjadi blogger hantu.
Aku kata, tak payah jadi blogger hantu. Aku akan tulis di UREKA menggunakan nama aku sendiri. Dan aku akan dedahkan tentang keburukan Zaid. Zaid dikatakan disponsor oleh Daim Zainudin. Zaid bagi 10,000 untuk setiap cabang. Zaid adalah Trojan Horse. Aku minta bukti dan aku akan siarkan dalam UREKA. Kita singkir Zaid dari PKR. Aku setuju untuk menulis….right here in UREKA.
Tapi aku perlukan bukti, sebab dia ada banyak lawyer. Nanti kalau aku kena saman, naya saja. Dan kalau tak ada bukti dan tak ada orang yang mahu bertanggungjawab, aku tak mau. Huloq tengkok buat apa.
Zuraida gagal memberikan bukti. Sebaliknya dia menuduh aku jadi barua Zaid. Dan aku jadi macam Zaid. “Aku tak buat pun depa kutuk. Lebih baik aku masuk gelanggang.”
Aku sokong Zuraida bila dia melancarkan “No to Gutter Politics”. Sekarang aku sokong Zaid, “No to Umno Politics” sebab apa yang dibawa oleh Team Azmin dan Zuraida adalah politik Umno.
ZMP- itu dari pandangan pribadi msk.... anda sebagai pengundi dapat menilai siapakah calon yang paling layak untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden.. Undilah calon yang betul-betul layak untuk menjamin masa depan parti demi menuju jalan ke Putrajaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan