Ahad, 24 Oktober 2010

Debat Ketua AMK... 1 lagi sejarah sedang menanti....


Klik untuk dibesarkan

Untuk pembacaan yang lebih mudah, saya tulis semula petikan dalam surat jemputan pelawaan debat oleh penyelaras kempen Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi, Zulkifli Ibrahim;

Tarikh : 23 Oktober 2010

KEPADA

Sdr Shamsul Iskandar Md Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat

CABARAN DEBAT

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010 seharusnya digunakan sepenuhnya oleh anggota untuk memilih kepimpinan parti perbagai peringkat dengan menyedari cabaran yang bakal dihadapi. Pemilihan ini seharusnya diwarnakan dengan budaya politik baru berasaskan idea, nilai dan rekod seseorang pemimpin. Untuk itu anggota seharusnya dibekalkan dengan maklumat secukupnya.

Namun sedikit menggusarkan apabila dilihat kewujudan kempen secara tidak sihat.

Ada di sebuah negeri di mana ada anggota tak hadir kerana kononya wujud ugutan untuk tidak hadir dan di sebuah negeri lain, penganjur dihubungi oleh ketua Cabang di mana ketua cabang tersebut dihubungi oleh individu yg bertanding jawatan utama AMK pusat mempertikaikan bagaimana kami boleh masuk buat program di Cabang tersebut. Ada ketua AMK negeri yg bertindak beri amaran itu dan ini.

Kami mengecam politik kempen seperti ini. Malah kami juga mengarahkan semua penyokong agar tidak melayan serangan peribadi sebaliknya fokus dengan agenda jelas dan praktikal yang ingin dibawa.

Bangkit dari kegusaran serta menginsafi di atas kesedaran ini. Maka saya selaku penyelaras kempen bagi 'anak muda penerus perjuangan reformasi' demi memperkasa budaya politik baru maka kami mempelawa saudara shamsul iskandar untuk debat terbuka dengan che'GuBard.

Sebelum ini di Taiping sememangnya sudah diadakan debat namun pada masa itu saudara shamsul 'terlepas' dari berdebat kerana ketika itu konon kerana mahu menjadi naib presiden.

Debat ini juga seharusnya diadakan antara Chang Lih Kang dan Khairul Anuar yang bertanding timbalan ketua AMK pusat.

Sekian

Anak muda pendesak perubahan

Zulkifli ibrahim
Penyelaras Kempen
Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi



Saya percaya saudara Shamsul Iskandar akan menyahut pelawaan debat oleh che'GuBard sepertimana yang dikatakan oleh blogger terkenal sharpshooter di sini. Walaupun sehingga jam 6.30 petang 24 Oktober, masih belum ada sebarang jawapan ataupun khabar angin yang mengatakan pelawaan debat ini akan disahut oleh ketua AMK Pusat yang ingin mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 4 tahun lalu.

Pada tanggal 18 September 2010, sebenarnya telah diadakan debat calon-calon ketua AMK, satu program debat yang menjadi sejarah kepada perjuangan reformasi anak muda. Wacana debat ini dianjurkan bagi memberi ruang dan peluang kepada semua calon yang bertanding menunjukkan menifesto awal - apakah yang bakal diwarnakan kepada AMK sekiranya pendebat dipilih menjadi ketua AMK Pusat. Lanjut mengenai debat tempohari sila klik di sini dan di sini.

Adalah agak malang bagi AMK itu sendiri, sejarah debat anak muda ala-presidential debate menyaksikan ketidak-hadiran ketua AMK kerana kununnya ketua itu akan bertanding ke tahap yang lebih tinggi dalam Pemilihan 2010 iaitu bagi jawatan naib presiden. Walaupun ketika itu Shamsul Iskandar sudah mengumumkan bertanding jawatan naib presiden, tetapi harus di ingat bahawa beliau masih lagi seorang Ketua AMK Pusat dan wajar menghadiri program debat tersebut bagi memberi sokongan (atas kapasiti ketua AMK).

Namun begitu, cuaca panas yang disangka sampai ke petang tiba-tiba hujan di tengah hari. Shamsul Iskandar telah memilih untuk membelok kanan dan kanan lagi (dua kali kanan kita boleh tafsirkan sebagai U-Turn) untuk kembali ke pentas pertandingan ketua AMK yang sepatutnya sudah ditinggalkan oleh Shamsul sepertimana yang telah beliau umumkan sebanyak dua kali, salah satu daripadanya di Johor. Sila klik di sini untuk melihat bagaimana Shamsul Iskandar mengumumkan untuk bertanding jawatan naib presiden Keadilan Pusat.

Saya tidak pandai untuk mengaitkan ceritera perlumbaan jawatan AMK ini dengan cerita fantasi kanak-kanak perlumbaan arnab dan kura-kura. Apa yang saya tahu ialah kura-kura kerap didefinisikan sebagai haiwan yang lembab dan ia sering kali dikaitkan dengan gerakan yang lemah dan lambat. Adakah resam kura-kura ini berlaku dalam AMK ketika penggal 2007-2010 menjadi tanda tanya - maka debat inilah medannya untuk menjelaskan sesuatu.

Ramai juga yang berpendapat Shamsul Iskandar mengelak daripada program debat di Taiping anjuran Ureka.asia tersebut dengan memilih untuk mengumumkan bertanding di jawatan naib presiden. Saya fikir ini bukanlah sifat seorang ketua AMK dan saya yakin Shamsul Iskandar tidaklah sebacul ini walaupun tindakkan 'U-Turun' itu sedikit sebanyak mencalarkan imej beliau sebagai seorang ketua sehingga dikatakan ada penyokong Sam yang lari kerana sikapnya yang flip-flop. Kini Shamsul Iskandar berpeluang untuk menebus segala keraguan yang ditimbulkan oleh beliau sendiri - dengan menerima panggilan debat che'Gubard.

Andaikata debat ini tidak diberi perhatian oleh Shamsul Iskandar, maka punahlah peluang untuk beliau menjelaskan mengapa hanya lebih kurang 50 cabang AMK sahaja yang lengkap, juga persoalan mengapa terdapat ahli yang diugut supaya tidak menghadiri majlis kempen calon Ketua AMK Pusat. Begitu juga dengan persoalan apakah sesebuah negeri itu tidak boleh dikempen oleh pihak lain. Inilah peluang untuk Shamsul Iskandar menjawab persoalan yang kian diragui dan di samping itu juga, menunjukkan ciri-ciri ketua AMK sebenar.

Surat rasmi telahpun dihantar oleh pihak cheGuBard sepertimana yang dikepilkan di atas dan masih lagi menunggu jawapan dari Shamsul Iskandar. Tarikh dan masa akan ditentukan selepas mendapat persetujuan oleh kedua-dua belah pihak. Debat ini dijangka akan berlangsung selepas 30hb September mengikut kesesuaian masa di pihak Shamsul mahupun che'GuBard. Venue pula terserah kepada Shamsul samada mahu ia dilaksanakan di Jasin atau mana-mana tempat jua asalkan sesuai, pasti che'GuBard akan hadir.

Pihak che'GuBard juga bersedia untuk menganjurkan Debat 2 Penjuru - Anak Muda Penerus Reformasi, sekiranya mendapat kata putus persetujuan dari pihak Shamsul Iskandar. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Apa yang penting, pelawaan debat ini wajar disahut dengan penuh rasa kasih sayang, kerana adik dan abang ingin bertempur dalam latihan sparing, demi menghadapi musuh sebenar pada masa akan datang.

Pernah seorang rakan memberitahu saya satu permasalahan, dengan mengatakan keadaan muda-mudi sekarang ini gawat apabila Ketua Pemuda UMNO tidak mampu menjalankan tugas dengan baik, dan Ketua Pemuda UMNO itu begitu korup sehinggakan exco sekelilingnya kaya raya. Saya katakan, baguslah kalau begitu gamaknya perangai seorang Ketua Pemuda UMNO, apa yang hendak dihairankan. Lantas rakan saya menambah, seteruk-teruk seorang Ketua Pemua UMNO, dapat dilihat Ketua AMK lebih teruk. Walaupun mungkin tidak korup, tetapi lebih teruk dan agak ketinggalan.

Saya cuba mengalih pandangan dengan mengatakan, Tantawi itu apa kurang dan lebihnya. Sekarang ini gawat kerana tiada pemimpin muda yang benar-benar perform, tetapi keadaan gawat ini tidak diambil kesempatan oleh Angkatan Muda Keadilan.

Berbalik kepada perkara debat, sekali lagi saya menjadi antara anak muda pendokong keadilan yang menaruh harapan agar debat ini berlangsung dan juga menaruh kepercayaan bahawa debat ini akan menemui kejayaan dengan kedua-dua belah pihak saling memberikan respon seperti yang diharap.

Sama-sama kita nantikan jawapan bertulis mahupun vokalis daripada susuk Shamsul Iskandar, agar debat satu lawan satu ini menjadi kenyataan. Pastinya akan mendapat liputan yang meluas dan ianya adalah satu peluang untuk melebarkan sayap AMK kepada lebih ramai anak-anak muda yang dahagakan perubahan. Katakan kepada anak muda ini, bahawasanya perubahan itu harus didesak, bukan ditunggu !......EDYE

ZMP -:mari kita tunggu..... adakah SAM akan terima tawaran debat tersebut.... Seluruh AMK menunggu jawapan SAM untuk berdebat dengan Chegu Bard demi untuk menentukan hala tuju dan perubahan yang akan dibawa oleh kedua-dua calon ketua AMK selepas dipilih sebagai ketua AMK Malaysia kelak.....

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...