Menurut lidah rasmi UMNO itu ,Nor Hilmi Ismail dari PKR Bayan Baru telah menjadi wakil kumpulan 60 ahli dari tiga cabang parti yang terdiri daripada wakil Perak serta Pulau Pinang (Butterworth dan Bayan Baru), di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya
Wakil kumpulan itu, Nor Hilmi Ismail dari PKR Bayan Baru berkata, antara tujuan memorandum tersebut dihantar adalah bagi mendesak Anwar bertaubat segera berkaitan dengan kes yang melibatkan Anwar di mahkamah.
Anwar BERTAUBAT segera??
Bagaimana Nor Hilmi Ismail begitu yakin mengatakan Anwar telah melakukan kesalahan hinggakan beliau mendesak Anwar untuk bertaubat segera? Sedangkan mahkamah sendiri belum memutuskan adakah Anwar akan didapati bersalah atau tidak..
Adakah beliau juga seorang yang rapat dengan Anwar? Rapat sebagaimana rapatnya Saiful dengan Anwar atau rapat sebagaimana Dato Zahrain yang mendakwa beliau adalah kawan rapat Anwar?
Menurut Ketua AMK Pulau Pinang Saudara Amir Ghazali, Nor Hilmi Ismail bukanlah seorang ahli AMK, beliau tidak pernah menjadi ahli AMK seperti yang didakwanya.
Jika begitu Nor Hilmi Ismail orang yang berada di luar PKR, yang tidak mengenali siapa DS Anwar Ibrahim yang sebenar, mungkin beliau mengenali DS Anwar Ibrahim melalui cerita yang disampaikan oleh ayahnya Ismail Ali.
Ketika heboh di Pulau Pinang bilamana beberapa orang pemimpin UMNO menjalankan kempen mengumpulkan semula wang ehsan pemberian Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM100 seorang kepada setiap warga emas kerana menurut mereka wang itu adalah dari sumber judi, Ismail Ali juga turut memulangkan wang yang diterima dari kerajaan negeri.
Ismail Mohd Ali @ Mail Kerang telah menerima sumbangan RM1000.00 melalui program kebajikan warga emas kerajaan negeri pada bulan Ogos ketika ibunya meninggal dunia pada bulan Julai ketika berusia 82 tahun. Berita sepenuhnya sila baca di SINI.
Ismail Mohd Ali @ Mail Kerang adalah pembantu khas kepada ahli parlimen bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang telah keluar PKR Februari lalu. Beliau telah dipecat dari PKR keran turut melompat bersama Zahrain.
Biarpun bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri, sepenuhnya sila baca di SINI
Namun kerana sakit hati dan dendamnya terhadap Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan juga demi untuk memalukan kerajaan negeri Pulau Pinang, beliau memulangkan juga wang tersebut.
Jika bapa Nor Hilmi sendiripun iaitu Ismail Mohd Ali sanggup memperbodohkan diri sendiri dengan menurut kata-kata pemimpin UMNO yang ternyata dangkal pengetahuan ugamanya, demi untuk memalukan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.. jadi apa yang kita harapkan dari Nor Helmi..
Bukankah pepatah Melayu ada mengatakan kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.. dan pepatah Melayu juga ada berbunyi ‘Bapa Borek… Anak Rintik…’.Samalah perangai mereka anak beranak..
Bapanya cuba untuk memalukan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, kini anaknya pula cuba untuk memalukan DS Anwar Ibrahim..
Untuk makluman hingga kehari ini pemimpin-pemimpin UMNO yang telah mengumpulkan wang secara haram itu masih belum memulangkan wang yang dikumpul dari warga emas itu kepada Kerajaan Negeri.. Tunggu apa lagi?
Takkan nak makan interest kot…
1 ulasan:
bapa borek anak rintik,bapa korek anak main biji kelintik..
Catat Ulasan