Sabtu, 20 November 2010

DSAI akan melantik Syed Husin Ali bagi membantu kemudi PKR


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyandang timbalan presiden Dr Syed Husin Ali bakal diletakkan dalam satu komposisi jawatan penting dalam parti itu kelak.

Pandangan itu diutarakan beliau ketika menyampaikan ucapan kepada 1,000 anggota dalam perhimpunan rapat umum anjuran PKR Selangor di Auditorium MBSA malam tadi.

Menurut Anwar, perbincangan telah dibuat bersama Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mahu usul itu dibawa dalam barisan majlis pimpinan baru.

"Perkara ini sudah saya bincang dengan presiden dan mahu usul ini dibawa kepada barisan pimpinan baru. Saya berpendapat Syed Husin ada peranan penting dalam parti, kami bincang untuk tempatkan beliau membantu mengemudi parti.

"Maka bukan hanya satu pengemudi dalam bahtera yang sama," katanya. Walaupun Anwar tidak menjelaskan secara lanjut sebarang komposisi jawatan tersebut, namun Syed Husin yang cukup disegani dalam PKR itu dijangka membantu presiden dan timbalan presiden yang baru dalam hala tuju parti itu nanti.

Syed Husin enggan mempertahankan jawatan sebagai timbalan presiden pada pemilihan kali ini bagi memberi peluang kepada calon-calon muda untuk bertanding.

Persaingan jawatan timbalan presiden itu bermula dengan tiga calon iaitu Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub.

Namun Zaid bertindak menarik diri pada ketika proses pemilihan dua minggu lagi akan tamat.

Sementara itu, Anwar mengingatkan para pemimpin PKR supaya jangan menggunakan saluran media Umno-Barisan Nasional (BN).

Anwar kecam pemimpin PKR guna media Umno-BN

Malah beliau turut mengecam mana-mana individu yang menyerang pemimpin parti melalui media milik Umno-BN.

"Saya beri pandangan tegas…saya tidak boleh terima orang yang menyerang…… setakat tegur tidak mengapa. Tapi serang parti berulang kali dalam media Umno dan hina sahabat perjuangan Syed Husin Ali," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Anwar enggan mengulas lanjut berhubung keputusan Zaid yang bertindak keluar PKR, sebaliknya mempersoalkan dakwaan pengkhianatan dalam parti itu "Bukan kerja saya nak ulas kerja saya nak mantapkan parti dan Pakatan Rakyat. Apa pengkhianatan yang dilakukan dalam parti keadilan?

"Saya tidak pernah neutral dalam perjuangan. Orang kata saya suruh pilih orang ini…orang ini. Malah ramai ketua cabang hubungi saya, cabang Selangor dipanggil dan beri pandangan terutama dalam isu timbalan presiden.

"Saya kata ok boleh pilih ramai calon dan boleh pilih sesiapa sahaja tetapi jangan pilih orang yang serang parti guna media umno," jelas beliau.

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...