Khamis, 2 Disember 2010

Pemimpin Umno BN hakis kedaulatan Raja-Raja Melayu - Tan Sri Khalid


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi peringatan kepada pemimpin Umno Barisan Nasional untuk tidak lagi mempergunakan institusi Raja-Raja Melayu demi kepentingan politik dan menyeru rakyat bersama-sama mendukung prinsip Raja Berpelembagaan.

Beliau berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian kerana bimbang pemimpin kerajaan kebelakangan ini telah mengulangi tindakan pemimpin terdahulu dengan melanggar Peruntukan Perlembagaan yakni membelakangi kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Khalid berkata, penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini bermula akibat tindakan pemerintahan terdahulu sehingga berlakunya Krisis Perlembagaan 1983.

“Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya ‘menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu’, kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian Wacana ‘Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan’ di Shah Alam, 29 November lalu.

Walhal, Khalid berkata, menurut Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan: “Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja”.

“Walaubagaimanapun, para pemimpin utama ketika itu telah melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Antara pindaan yang berjaya dilakukan ialah Perkara 66(5),” jelas beliau.

Tambah Khalid, insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993 sehingga mencetuskan kekecohan apabila sekali lagi pemimpin negara ‘mengusik’ institusi Raja-Raja Melayu dengan mencadangkan pindaan kepada Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan dihapuskan.

Katanya, bagi mencapai matlamat tersebut, seluruh jentera kerajaan ‘secara biadap’ termasuk media massa telah dimanipulasi secukupnya bagi memaparkan cerita-cerita yang memburukkan peribadi Raja-Raja Melayu sekaligus mencetuskan kebencian rakyat terhadap institusi berkenaan.

“Pemerintah ketika itu, menggunakan kuasa rakyat terutama orang Melayu, supaya bersama-sama mendesak malah ‘memaksa’ Raja-Raja Melayu supaya segera menerima pindaan Perlembagaan yang menghapuskan beberapa keistimewaaan Raja-Raja Melayu yang sudah diwarisi sejak ratusan tahun,” katanya.

Khalid sehubungan itu menyeru seluruh rakyat memupuk kecintaan ke atas lima prinsip Rukun Negara yang turut mengandungi prinsip Kesetian Kepada Raja dan Negara serta Keluhuran Perlembagaan bagi mempertahankan kedaulatan institusi Raja Berpelembagaan.

“Patik tidak dapat mengelakkan diri dari teringat peranan ‘si kitul’ di dalam sejarah Melayu lama. Adakah ‘si kitul’ moden ini akan kembali memperalatkan Raja atau Sultan demi kepentingan politik mereka?” ujar Khalid yang turut dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.



'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...