Sabtu, 15 Januari 2011

HARAMKAN PEKERJA ISLAM BEKERJA DI PREMIS JUAL ARAK


ewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong pandangan YB Dato’ Dr Hassan Ali yang mahukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menguatkasakan larangan umat Islam bekerja di premis menjual arak. Sebelum ini, MPSJ telah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras namun arahan itu telah ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Ronnie Liu.


Dalam hal ini, DPPWP merasa kagum terhadap YB Dato’ Dr Hassan Ali yang bertegas dengan prinsip Islam. Hukum Islam telah jelas menyatakan haram bagi umat Islam bekerja di premis yang menyediakan minuman keras apatah lagi meminumnya. Tindakan beliau dengan jelas membuktikan bahawa PAS tidak pernah menggadaikan prinsip dan maruahnya meskpiun bersahabat dengan pelbagai parti politik. Dasar PAS yang berjuang untuk Islam sejak dahulu hingga kini tidak pernah berubah walaupun bermacam halangan yang melanda. Ini juga membuktikan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat jauh bezanya dengan UMNO dan Barisan Nasional.


DPPWP juga menyokong dan mengucapkan tahniah kepada MPSJ kerana mahu melaksanakan larangan ini. Penguatkuasaan ini akan mampu mengelakkan umat Islam terjebak dengan maksiat dan dosa kerana bergelumang dengan perkara-perkara yang haram. Perkara-perkara haram sebeginilah yang menyebabkan kurangnya keberkatan kepada rezeki yang diperolehi sehingga melahirkan generasi yang rosak akhlak dan akidah.


DPPWP turut mengharapkan agar YB Ronnie Liu melaksanakan segera peraturan mengharamkan umat Islam bekerja di premis jualan minuman keras demi kemaslahatan umat Islam. Umat Islam di Selangor khususnya terlalu lama menginginkan kehidupan yang diberkati, jauh daripada dosa dan perkara-perkara yang haram.


Disediakan oleh,

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Naib Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...