Isnin, 10 Januari 2011

Jika Pengundian Semula - Apa Puncanya? Jika Tipu Adalah Punca - Mana Dalangnya?? (Wajib Baca!!) - edyes


Salam 1Tropicana,

Entri kali ini mengandungi beberapa artikel ulang tayang di akhir entri. Sebelum meneruskan pembacaan ulangan di bawah sana, sila hayati artikel ini untuk dibuat pedoman agar kita lebih mengenali apakah makna kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan.

Artikel-artikel ulangan itu juga bertujuan untuk menyedarkan dan menyegarkan ingatan, bahawa ada masalah yang masih belum selesai walaupun telah dijanjikan dengan manis sekali. Rupanya yang manis itu adalah tawaran untuk menutup mulut dan akhirnya hasil siasatan yang ditunggu-tunggu BERTUKAR menjadi satu pertunjukkan sarkis!!

Seperti kes Rais Yatim, menafikan sahaja tidak cukup untuk mengatakan dirinya bebas dari sebarang tuduhan. Begitu juga dengan pasca pemilihan 2010, apabila hari ini mengumumkan akan berlaku pengundian semula di beberapa Cabang bukan bermakna segala hasil siasatan hingga terjawabnya penyelewengan dan penipuan itu tidak didedahkan kepada si pengadu walaupun bukan untuk tatapan umum.

Saudara dan saudari yang dihormati, jika diumumkan pengundian semula di beberapa Cabang, pasti ada sebab-musababnya. Jika penipuan adalah satu sebab dan punca kepada berlakunya pengundian semula, pasti ada penipunya. Sekiranya ada penipu dalam pemilihan 2010, pasti juga ada dalangnya yang mungkin juga salah seorang calon yang bertanding!! Mereka-mereka yang menipu dan menjadi dalang penipuan ini harus dihukum kerana merosakkan nama parti dan juga mencemarkan maksud keadilan!

Maka ingin saya bertanya kepada YB SUA, siapakah dalang penyelewengan dan penipuan sehingga berlakunya pengundian semula? Apakah hukuman setimpal untuk mereka ini??

Saya bagi satu contoh mudah. Dalam sebuah kelas yang mempunyai 40 murid-murid, ada pemilihan untuk memilih siapakah ketua darjah dan barisan exconya.

Dalam kelas tersebut, si A berkomplot untuk memastikan kemenangan dengan memanggil 10 rakan-rakan dari kelas sebelah bagi mengundinya. Sebagai ganjaran, 10 rakan ini bakal mendapat upah.

Pengundian dilakukan bukan secara angkat tangan (sepertimana pengundian memilih pengerusi tetap) tetapi dengan mengundi secara bertulis di kertas kecil yang di sediakan. Oleh kerana si A masih risau kerana tidak yakin menang walaupun dengan bantuan 10 rakan kelas sebelah, maka di suruh 5 rakan baiknya mengundi dua kali dengan helah dan penipuan.

Apabila habis tempoh mengundi, didapati kertas undi di dalam kotak undi berjumlah 55 sedangkan kelas tersebut hanya mempunyai 40 orang murid. Lantas si B, yang merupakan calon kedua menyatakan bantahan. Dengan menyediakan bukti berbentuk buku kedatangan yang jelas mendapati ada nama pelajar yang tidak wujud dan ada juga yang didapati mengundi lebih dari sekali, si B membuat aduan rasmi 7 perenggan panjangnya.

Salah seorang pengundi dua kali itu juga telah berpaling tadah kerana dijanjikan upah RM3.50 untuk melakukan kerja menipu, tetapi hanya dibayar sebanyak seringgit sahaja! Oleh kerana semacam tak percaya bahawa maruah dirinya berharga seringgit sahaja, maka mangsa sedia bekerjasama.

Saksi hidup ini juga telah dibawa berjumpa dengan pengawas kelas tersebut untuk diadukan kepada gurubesar. Walaupun begitu detailnya laporan beserta saksi dan bukti, akhirnya cikgu kelas berjanji untuk siasat dan mendedahkan hasil siasatan dalam masa 2 hari.

Namun jawapan yang diterima oleh si B setelah hampir 2 minggu menunggu (walaupun dijanjikan 2 hari sahaja) adalah - satu pengundian semula akan dijalankan. Si A yang dikatakan mengupah seorang saksi sebanyak RM3.50 (tetapi hanya diberi seringgit dan menyebabkan sipolan itu berpaling tadah), tidak dikenakan sebarang tindakkan malah mungkin tidak disiasat langsung.

Akhirnya dapat disimpulkan dan dikenalpasti rupa-rupanya, si A itu adalah anak kesayangan si gurubesar, maka mungkin atas sebab inilah si A itu nampaknya kebal dan imune kepada undang-undang sekolah sepertimana kebalnya pemimpin UMNO terhadap undang-undang Malaysia.

Berbalik kepada artikel ulangan di bawah, sudi-sudikanlah khatamkan artikel di bawah (2 artikel) termasuklah satu laporan 7 mukasurat kepincangan dan segala macam penyelewengan JPP sepanjang Pemilihan 2010...



DARI ANAK MUDA UNTUK ANAK MUDA

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...