
Tanpa menuduh kepada mana-mana pihak, kami berpendapat perkara seumpama ini tidak harus berlaku di rumah Allah yang suci ini. Sesungguhnya kami amat kesal kerana Masjid yang menjadi rumah ibadat orang lslam serta menjadi lambang peradaban lslam, telah di cemari dengan isu yang tidak sepatutnya berlaku. Kami pentadbir dan Jawatankuasa MNIR membantah tindakan yang biadap ini dan sama sekali tidak akan menyokong sebarang provokosi sempit yang boleh mengeruhkan suasana harmoni sediada.
Kepada seluruh anak kariah, kami berharap agar bertenang berdepan dengan permasalahan ini, kerana sejarah telah mernbuktikan bahawa ini bukanlah kejadian yang pertama berlaku di tanahair. Sesungguhnya pihak yang berwajib dan berautoriti telah membuktikan kejayaan mereka menyelesaikan masalah ini dengan baik. Untuk makluman semua, laporan polis telah dibuat bagi menangani isu ini. Kami amat yakin dengan kredibilti pihak polis di dalam menyelesaikan isu sensitif seperti ini. Pihak masiid tidak akan bertanggungjawab sebarang tindakan yang bersalahan dengan undang-undang.
Justeru itu marilah kita semua lupakan sengketa yang sengaja ditimbulkan bagi meresahkan kehidupan kita sebagai muslim dengan melaksanakan serta mengimarahkan rumah Allah. Pihak masjid akan menganjurkan siri Munajat dan Solat hajat agar si pelaku diberi hidayah dan keharmonian kaum dapat di kekalkan. Sesungguhnya kami cinta kepada kedamaian dan yakinlah setiap kejadian yang menimpa itu pastilah mempunyai hikmahNya.
Sekian, terima kasih dan Wassalam.
"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK ISLAM"
MASJID NURUL IMAN RAWANG
Yang lkhlas,
ILHAM AKHBAR BIN HARUN
Nazir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan