Khamis, 19 April 2018
WARKH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM - rakyat wajar bangkit dan menolak rasuah dan kezaliman
16 April 2018
Isu pokok Pilihan Raya Umum (PRU) adalah pengurusan negara. Kita terdedah dengan kes rasuah saperti 1MDB yang disiasat oleh lebih lima negara.
Sungguh mengaibkan manakala nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diheret secara berterusan; tanpa sebarang penjelasan munasabah.
Apa yang dilakukan adalah kenyataan bahawa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Parlimen telah membersihkan nama Najib.
Namun sejak itu, Jabatan Keadilan (DOJ) merika Syarikat, keputusan mahkamah Singapura, siasatan Jabatan Peguam Negara Switzerland terus mengaitkan nama Jho Low dan bahawa 1MDB adalah di bawah kelolaan perdana menteri sendiri.
Belum pernah berlaku dalam sejarah negara, nama negara khusus perdana menteri, dicemarkan semua media utama antarabangsa; apa yang pernah diungkapkan oleh The Economist sebagai “skandal terbesar yang melibatkan dana negara”.
Kedua, adalah skandal Felda, lembaga yang dibanggakan kerana menyelamatkan masyarakat desa dari belenggu kemiskinan.
Pendedahan beberapa tahun lalu menggempurkan kerana membuktikan wujudnya pengkhianatan di kalangan pimpinan dan pengurusan tertinggi Felda merompak harta peneroka.
Mengapa penyiasatan terpendam dan kerugian berbilion ringgit dana Felda cuba dipadamkan dengan hanya siasatan dalaman. Maka suara pembela profesor Melayu yang sentiasa mencanang soal hak dan ketuanan?
Apakah pengkhianatan sebegini besar mampu dipandang ringan tanpa penyiasatan terbuka?
Kita belum saksikan kesungguhan SPRM didalam kedua-dua kes 1MDB dan Felda.
Ketiga, dengan segala keriuhan pelancaran manifesto BN dan manifesto Belia BN; mereka meninggalkan isu paling utama yang mencengkam rakyat. Rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang terutama kerana perlaksanaan GST yang lemah dan menekan rakyat.
Pengangguran meningkat, perumahaan rakyat terabai; kesenjangan di kalangan golongan kecil kaya-raya dan rakyat terbanyak terus melebar.
Munasabahkah pemimpin BN berjanji lagi? Manifesto BN dengan sendirinya mempamerkan kegagalan mereka sendiri.
Jika dirumuskan permasalahan yang diutarakan, kelemahan ketara adalah pengurusan kerajaan; kelemahan pemimpin dan kegagalan institusi pemerintahan di bawah pengendalian mereka.
Maka, rakyat wajar bangkit dan menolak rasuah dan kezaliman.
Sistem negara kian bobrok dan rakyatlah yang perlu bangkit menolak Umno-BN dan memberikan peluang kepada Pakatan Harapan menerajui negara dan mengangkat martabat Malaysia yang tercinta.
____________________
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM bekas ketua pembangkang dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh.
#BebasAnwar #KitaMestiMenang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13...
1 ulasan:
Tukar kerajaan bererti akan melalui berbagai liku Jalan yang pastinya bermula dari titik awal permulaan, atau adakah sebagai mengambil alih pimpinan dan segala macam proses Jana bertukar tangan pastinya berisiko dan banyak bertentangan. Namun seandainya licik dalam segala hal maka pasti akan terurus kebentangan jalan nun sayup kehadapan yang memerlukan kehadiran pasukan yang jujur dan telus. Selamat berjuang, negaraku negara makmur.
Catat Ulasan