Tadi aku ngeteh dgn sahabat aku seorang Polis pencen. Tiba2 datang ex YB UMNO. Dia memujuk agar kami mengundi UMNOBNPAS di NS.
Alasannya adalah DAP menyebabkan melayu berpecah dan kita tak mahu jadi mcm melayu Penang.
Selepas YB tu pergi, aku pandang muka sahabat aku tu. Sambil geleng kepala dia cakap, "mcm tu punya senang dia punya kerja. Tuduh DAP, siap dah semua dia punya kerja".
Aku senyum dan sahabat aku menambah lagi. "Semangat 46 tu terbentuk sebab DAP ke? PAS dan Bersatu bergaduh sebab DAP ke? Bersatu dulu terbentuk sebab DAP ke? PKR berpecah dari UMNO sebab DAP ke? Betul² dia bodohkan kita. Lepas tu dia kata kita kena undi UMNO di NS supaya kita jgn jadi mcm melayu Penang".
Ujarnya lagi, "kwn² aku bekas Polis semua happy duk Penang. Anak dia org nak kerja senang, hotel banyak, kilang banyak, business banyak. Bukak kedai mkn ke, car wash ke, jual² jajan ke, kat mana saja, semua ada pelanggan. Promosi pelancungan oleh Penang tak henti². Yg jadi ajk surau ke masjid ke semua happy. Azan full volume pun takde org marah. Minta apa pun senang dpt".
Aku tanya dia pulak, " yg kata masa PH skg ni banyak ladang babi, mcm mana pulak?".
Sambil tepuk dahi dia jawab, "itulah penipu nombor satu, aku pernah bertugas di NS dan Selangor. Sebenarnya zaman UMNO dulu ladang babi ni lagi takde kawalan. Yg bukak senyap² takde lesen ni bersepah. Sana sini sungai hitam. Kat PD masa tu nak mandi pantai pun geli. Kau tgk skg. Bilangan ladang terkawal. Pemantauan JAS dan Majlis tempatan sgt ketat. Nak buka ladang baru pun kena tanya Sultan. Mcm tu punya strict, barulah kita boleh hidup selesa sikit".
Dia bercerita lagi, "kau tgk masa UMNO pegang NS dulu, simpanan negeri baru 400 juta lebih, Tok Min baru pegang beberapa tahun aja simpanan dah 1 billion lebih. Bonus tiga bulan. Mak datook, kalau Tok Min pegang lagi satu penggal silap² bonus bole jadi 6 bulan".
Aku beritahu dia lagi, "dia org tak suka DAP dlm kerajaan. So nak buat mcm mana?".
Dia jwb, "kalau aku jadi UMNO aku pun benci dgn DAP. Kalau buat kerajaan dgn PKR mungkin boleh mark up project sikit². Tapi kalau DAP ada, nak mark up sikit pun tak boleh. Satu sen pun tak boleh sakau. Susah nak menyakau, sebab tu UMNO kena tolak DAP baru dia boleh hidup. UMNO kalau takde duit mana dia boleh hidup".
Senyap sekejap dan dia menambah lagi, " UMNO kutuk DAP mcm² sedangkan dia bergabung dgn MCA boleh pulak. Apa saja yg UMNO buruk²kan DAP, MCA pun ada jugak cuma 40 X lagi teruk. Kerja dgn DAP ni senang sebab nombor satu dia ikut Law, sebab nombor 2 dia tak rasuah. Kat situ pun dh selesai 50 % problem"..
Ok beb, sampai disini dulu, aku nak cuti dulu dari jadi cytro PH ni. First sebab Ustaz aku (org Amanah) dah 2 kali sound aku jgn menyumpah² dan maki² dlm media sosial tapi aku lost control especially bila baca penghinaan terhadap DSAI. So aku tak nak Ustaz aku sound utk kali ke 3.
Second sebab aku kecewa dgn PH sebab tak sungguh² menyekat politik wang. DiJohor bumi kelahiran aku, itulah masalahnya dari dulu sampai skg. Politik wang bermaharaja lela. Tak taulah nak buat mcm mana.
Ok beb permisi dulu. Ku susun sepuluh jari mohon maaf dari semua especially saudara² ku dlm UMNO krn banyak sgt menggunakan kata² yg kasar.
Akhir kata, sokonglah Anwar. Bersama Anwar ada keberkatan dan bantuan dari Allah. InsyaaAllah, Alhamdulillah dan Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan