Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas. Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
11 ulasan:
Bro yang perut x boleh process, jadi apa???..hahaa.
kira Taugeh apa...hahaa.
allo jordan...
lu ni makan takdak kunyah betoi2 sampai hancoq itu TAUGEH..itu pasai la perot tak bleh proses jadi hampass...
aiyaaa...lu belek tengok apa sudah keluaq kaa..??? aiyaa..lu ni, manyak kotoq laa..lu tengok ka sana keluaq itu *shit*..???
lu jangan taroh gambaq dalam blog sudahhh...hampehhh oooo....
salam zul,selepas ni anta cari pula apa khasiat tafu(taukua)..lepas tu ,cari khasiat ulam ulam orang kita..baik untuk apa...ambil gambar sekali,ari tu makan keladi gatai ...pasai apa?
kalau tak silap aku memang betul taugeh ada khasiat,kat mana pun aku lupa ada ladang ternak lembu depa bg mkn taugeh sbg makanan tambahan,hah!!elok sapa yang kurus boleh amal diet taugeh untung2 saiz badan besar macam anak lembu takpun bapak lembu...hahahah jangan marah ha...
salam...uishhhh..sempoiii..arini aku makan nasik bersayoqkan TOGE...memang sempoi laaa...
ada UMMPPHH....betoi la zul mamak bagitauu...tapi yang aku heran ada gak kngkawan yang tak mau makan or tak reti makan apa2 menu la yg ado TOGE dalamnya..heran akuu..
bro Hijat,
Today i makan taugeh, dont worry i kunyah betul2..hahaa, dan x akan belek tengok apa sudah keluar...hehee.
makan taugeh menambahkan sperm.
begitu juga mkn bawang .
putih.
mkn hati lembu menambah rangsangan seks.
tapi zulmamakpng tetap bujang comel juga
salam matcomot...
aiiii...dalam maksudnya tuu...dia lebih kurang cam galakkan zulmamakpng n de gang yg tak kawin tu pederaih buang laa...tak gituu..??? Hehehehehehe...
salam al-mualim...
ketemu juga kita dalam laman komen zul mamak ni...aii..gatai pulak makan keladi..org lain ok jer, mu ni yang 'gatai merenyam' koott...??? mana nak tau kot2 ada calon no-2 kott..??? hehehehe...(jgn mare aa..melawak ajer..)
salam hijat,memang pun dah ada calon no 2,tapi anak kucing manja tu kena curi,tu la akibat dok biak anak kucing main depan laman,orang lalu,tengok kucing comei...dia sapu la...ari tu cuma nak tanya,khasiat apa dok pi khekah pokok keladi?....
mamu zul
ooooooooo mamu zul
bila lagi.
dok mkn taugeh pun tak guna
ohh lupa,ijat pun sama
apa pun yang penting sebelum makan 2 baca lah bismillah........
Catat Ulasan