Rabu, 10 Disember 2008

KARNIVAL 'Karnival Memancing Terbuka Pulau Pinang 2008'

PARA PEMANCING NEGERI PULAU PINANG,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Memancing Pulau Pinang (PMPP) akan menganjurkan 'Karnival Memancing Terbuka Pulau Pinang 2008' bersempena dengan acara Pesta Pulau Pinang bertempat dan bertarikh seperti di bawah:-

Tarikh: 14 Disember 2008 (Ahad)

Lokasi Pertandingan: Persisiran Pantai Bayan Bay(Di hadapan Kompleks Queensbay)

Waktu Daftar-Masuk: 7.00 am hingga 9.00 am
Waktu Rasmi Pertandingan: 9.00 am hingga 1.00 pm

OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan dan memupuk minat masyarakat terhadap kegiatan aktiviti riadah sihat sukan memancing.

2. Menggalakkan pembangunan sukan memancing di negeri Pulau Pinang, dan
3. Menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai destinasi sukan memancing di rantau ini.


PENDAFTARAN
Individu yang berminat untuk mengambil bahagian, digalakkan untuk mendaftar sebelum 30hb November 2008 di pusat-pusat pendaftaran terpilih.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM35.00 seorang.
Setiap peserta pertandingan akan mendapat sehelai kemeja-T, sebuah topi dan satu beg cenderahati (Goodie Bag) sumbangan penaja pertandingan.


Penyertaan hanya terhad kepada 700 peserta yang terawal mendaftar sahaja.


HADIAH-HADIAH PERTANDINGAN




Banyak hadiah-hadiah menarik disediakan untuk para peserta karnival memancing yang julung kali diadakan ini.

* Selain hadiah-hadiah pertandingan, para peserta juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang ditaja oleh penaja pertandingan.

* Yuran penyertaan yang telah didaftarkan tidak akan dikembalikan

* Pindahmilik penyertaan tidak dibenarkan sama sekali.

* Pendaftaran tanpa pembayaran yuran tidak akan diambil kira sebagai peserta pertandingan.




2 ulasan:

kotak14 berkata...

abang hensem.....
dah ramai ke orang daftar?

aku nak t.shirt je
tapi tak mau join..
panas le,nanti gelap
mcm mcm mcm..........

lu pk sendiri lah beb

jgn marah no....................

zul mamak png berkata...

kalu takat nak t.shirt je baik p beli kat kedai..... apa la ko ni... baru panas sikit di dunia dah x leh nak tahan..... apa kan pula bila di akhirat nanti....

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...