Rabu, 10 Disember 2008

KETUANAN MELAYU

Kuota 90% Bumiputera Dikekalkan Di Pusat Serenti Demi Ketuanan Melayu..!!!


Ketuanan Melayu Retorik Umno.Konsep Ketuanan Melayu yang sekian lama dijaja oleh Umno tidak boleh dipertahankan kerana ia adalah retorik untuk menipu orang melayu.
Ia dicipta semata-mata untuk memenuhi keperluan dan kehendak pucuk pimpinan.

Seperti kata bekas Ahli Parlimen Kota Bharu Zaid Ibrahim yang mengatakan model Ketuanan Melayu telah gagal.

Ketuanan Melayu tidak lebih daripada retorik Umno untuk memperoleh kekayaan dan kepentingan diri.

Sebenarnya Ketuanan Melayu bukanlah dasar yang dirumus untuk untuk menjaga kepentingan melayu sebaliknya ia telah digembar gemburkan oleh mereka yang bertanggungjawab untuk memusnahkan anak bangsa sehingga menjadikan rasuah sebagai satu budaya yang dibanggakan.

Setelah51 tahun Umno memerintah menggunakan slogan Ketuanan Melayu,tiada satu bangsa pun yang dibela sebaliknya Umno telah menindas kaum lain dan menjadikan mereka sebagai hamba.

Budaya pecah Amanah dikalangan Umno ibarat azimat yang diwarisi sejak sekian lama sehingga sebati dijiwa mereka dan akhirnya mereka manja dengan keselesaan.

Inilah punca mereka hilang daya saing.Kadang-kadang kita merasa bimbang jika Retorik Ketuanan Melayu membawa kepada satu fenomena yang amat merbahaya kepada negara kerana apa yang kononnya diperjuangkan tidak dapat dipertahankan.

Orang melayu khasnya orang umno merelakan hak raja mereka dinafikan,agama islam tidak menjadi agama rasmi negara dan hak-hak keistemawaaan orang melayu yang termaktub dalam perlembagaan juga telah dikuburkan bersama matinya sistem beraja di negara ini.

Sesungguhnya konsep Ketuanan Melayu tidak releven diguna pakai sedangkan hak keistemewaan bangsa melayu semakin terhakis.


sumber dari blog deen2u dan gambar dari blog ronasina

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...