Khamis, 25 Disember 2008

Susulan Kisah 1 - Pembantu khas : Fairus hadir konsert untuk bertemu Agong bincang Islam

Pembantu khas Timbalan Ketua Menteri 1 berkata Mohammad Fairus Khairuddin hadir di konsert ‘Mamma Mia’ antara lain bertujuan untuk bertemu Yang Dipertuan Agong bagi berbincang soal agama Islam.

Menurut pembantu khas yang mewakili Fairus dalam blogya, exco hal ehwal agama itu memenuhi undangan tersebut bagi mengambil peluang bertemu Agong yang turut hadir pada malam tersebut.

“Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, YB ( Fairus) memenuhi undangan tersebut adalah untuk mengambil peluang bertemu dengan Yang Di Pertua Agong,” ujarnya.

“Kesempatan dalam pertemuan tersebut telah dimanfaatkan untuk berbincang serba sedikit mengenai isu-isu agama Islam dan MAIPP ( Majlis Agama Islam Pulau Pinang ) yang berada di bawah kuasa Yang Di Pertuan Agong,” katanya.

Pembantu khasnya itu menjawab soalan yang dibangitkan pengunjung blognya berhubung kehadiran Fairus ke konsert berkenaan.

“Sepatutnya YB (Fairus) tidak patut pergi memandangkan ia akan mencemarkan imej YB selaku Exco Agama, lagipun tarian yang dipaparkan amat tidak sesuai dengan budaya Malaysia, lebih teruk dari tarian i-Dance di Pulau Pinang,” katanya

“Patutlah YB tidak pernah membuat kenyataan tentang i-Dance seperti yang dibantah (Dewan Pemuda) PAS Pulau Pinang,” ujarnya lagi.

Difahamkan pembantu khas tersebut baru memulakan tugas menggantikan Farid Wajdi yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

Fairus yang juga exco hal-ehwal agama gagal menyelesaikan masalah berhubung perlantikan Yang Dipertua MAIPP yang kini masih disandang oleh Adun (BN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya.

Kegagalan itu turut membantutkan perancangan urusan agama Islam negeri ini, termasuk perlantikan jawatankuasa masjid yang masih di bawah bidang kuasa MAIPP.

Pentadbiran Jabatan Agama Islam juga sering terganggu ekoran ‘sebuah kapal yang mempunyai dua nakhoda.’

Pulau Pinang satu-satunya negeri Pakatan Rakyat yang terpaksa mengekalkan Adun BN sebagai Yang Dipertua Majlis Agama.

Agong membuat keputusan mengekalkan Shabudin sehingga Disember 2009 selepas Fairus gagal menyakinkan baginda dalam isu perlantikan AJK MAIPP.

Pertemuan rasmi dengan Agong diadakan sebanyak dua kali selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang Mac lalu.

“Baginda dipercayai membuat keputusan tersebut setelah tidak yakin dengan kemampuan Fairus setelah menyelidiki latar belakang Fairus yang sebenarnya,” jelas sumber.

Bagaimanapun keputusan itu dikaji semula dengan campur tangan daripada Pengerusi keADILan Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohd Hashim.

Kata sepakat telah diperolehi di mana Shabudin bersetuju melepaskan jawatan, sepatutnya pada Oktober lalu dan digantikan dengan Pensyarah Univesiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, Ustaz Alias Zakaria.

Persetujuan juga dicapai untuk melantik tiga orang Lembaga Pengarah MAIPP daripada kalangan pemimpin Umno.

Namun persetujuan tersebut tidak terlaksana kerana Fairus gagal bertindak seperti yang dirancang.

Fairus kemudian menutup kelemahannya dengan menuding jari kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi yang dituduh campurtangan dalam urusan pelantikan YDP MAIPP.


dari alahai fairuss

3 ulasan:

Tanim berkata...

gr8 job.

www.wondeerr.blogspot.com is my site
please visit.

ISA berkata...

Salam Zul,

Mana satu yang betoi ni... adus pening kepala ku ini....

Tolong habaq sikit...

Tanpa Nama berkata...

salam..isa,
kisah...seorang pemandu dengan tuan nya,satu hari tuan nya hendak kesatu tempat yang agak jauh,setelah semua persiapan sedia,mereka pun bertolak menaiki kenderaan,si tuan menanya pemandu..tahukan kemana nak dituju?..ya! ..jawab sipemandu...tanya lagi tuannya..tahukah nak guna jalan mana?..ya..!jawab sipemandu... ditengah jalan situan lena dengan nyenyaknya...,tiba2....dia terjaga akibat kenderaannya terhoyong hayang...situan jadi panik dan mula marah2...saya bukan suruh lalu jalan ini,tengkingnya,...kata sipemandu..jalan ini lebih cepat dan lebih selamat...jawab situan..saya suka jalan yang jauh...dan selesa...saya bolih tidur....urrrrh

suka md isa tak suka ISA.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...