KUALA LUMPUR, 1 JANUARI (SK) - ANGKATAN Muda KeADILan (AMK) mengulangi pendirian KeADILan bagi mengadakan Sidang Dewan Rakyat tergempar bagi mengutuk kekejaman serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
"AMK mendesak PM Abdullah selaku Perdana Menteri untuk memanggil Sidang Dewan Rakyat tergempar bagi mendapat sokongan kedua pihak kerajaan dan pembangkang bagi sama-sama meluluskan usul mengutuk serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza,” kata ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
30 Disember lalu, Timbalan Presiden KeADILan, Syed Husin Ali turut menggesa semua parti politik menyokong satu usul di Parlimen bagi mengutuk pembunuhan terbaru di Gaza bagi menunjukkan pendirian teguh negara dalam menentang tindakan ganas sebuah negara dan pendudukan haram.
Shamsul dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, beliau berharap sempadan politik tidak harus dijadikan alasan untuk kerajaan menolak inisiatif kecil ini demi memperlihatkan kepekaan kita kepada nasib umat Islam yang kian tertindas dek kezaliman Israel.
Dalam pada itu, Shamsul turut menegaskan bahawa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang ternyata biadap dengan melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza.
"Kebaculan Israel terserlah apabila mereka menjamin serangan ke atas Gaza akan berlarutan selama beberapa ketika lagi. Tambah mengecewakan apabila serangan dibuat tatkala umat Islam sedunia sedang meraikan kedatangan Tahun Baru Hijrah,” Katanya lagi.
Menurutnya serangan ini membuktikan bahawa Israel yang merupakan sekutu rapat George Bush akan terus memanipulasi keadaan dengan melancarkan keganasan tanpa mengambil kira faktor kemanusiaan.
“AMK ingin menggesa agar Presiden Dipilih Amerika Syarikat Barack Obama memainkan peranan yang konstruktif pada kadar segera agar beliau tidak dilihat bakal meneruskan legasi Bush yang terpalit dengan jenayah kemanusiaan yang sangat parah,” katanya lagi.
dari: suara keADILan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Harapkan pingat tak dapat Harapkan projek tak dapat Semua tak dapat takpa ...tak kisah... Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan