Isnin, 12 Januari 2009

Jarum Suntikan Dijumpai di Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu!!!






Setelah selesai berkonvensyen (Konvensyen Bloggers Network Malaysia)
selama 2 hari di Bandar Pasir Puteh, Kelantan, beberapa orang bloggers
dari Bloggers Network Malaysia menyahut saranan Menteri Pelancongan
Malaysia untuk Zoom Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia) ke Pantai Air Tawar,
Besut, Terengganu.

Selamat Datang ke Terengganu. Bahang pilihanraya kecil P36 Kuala
Terengganu seolah-olah terasa kepada kami untuk menjengok ke negeri
Penyu Menangis ini (Menangis sebab diperintah oleh parti yang tidak
memperjuangkan ISLAM secara total)

Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu.. Pantainya yang Berpohon RHU amat
Indah, Nyaman dan Segar dengan bayu laut yang menerjah ke wajah. Saya
cadangkan tuan/puan berkunjung ke Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu
untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ini. Ada beberapa buah
restoran makanan laut (seafood) di sekitar Pantai Air Tawar, Besut.

Pantai cantik, semua ok..tapi…ini lah yang kami jumpai semasa
menikmati rahmat tuhan ini...

Kami jadi hairan dan naik bingung...macam mana benda berbahaya macam
ini boleh terdampar di tepian pantai nan indah ini.

Jikalau ianya datang dari pihak hopistal/klinik...adakah ianya logik
dibuang ke dalam laut yang akhirnya pasti akan terdampar dibawa arus
ombak di pantai-pantai.

Jikalau ianya datang dari hasil aktiviti penagihan dadah...

Kami tidak pasti sama ada picagari yang masih terpasang dengan jarum
ini sudah digunakan atau tidak...wallah huallam

Bayangkan, jika jarum suntikan ini terkena kaki kanak-kanak dan dewasa
yang berkunjung di pantai ini...ataupun ianya menjadi mainan anak-anak
kecil.

Bayangkan, jika jarum suntikan ini terkena kaki saya ...

Ya, cuba bayang kan,cuba pikirkan kesannya..kami ajak anda berfikir sejenak..

Paling dasyat...jika ianya pernah digunakan oleh penagih yang ada
H.I.V Positif...dan tercucuk di kaki anda..

Apakah peranan dan tanggungjawab kerajaan UMNO/BARISAN NASIONAL
Terengganu dalam isu "Jarum Suntikan Dijumpai di Pantai Air Tawar,
Besut, Terengganu" ini?


Mungkin dengan pendedahan kecil ini, pihak yang bertanggungjawab dapat
meningkatkan tahap keselamatan dan kebersihan di pantai-pantai yang
menjadi pusat pelancongan di seluruh Malaysia. Saya fikir masalah sama
mungkin berlaku di semua negeri di malaysia.

Apakah peranan pihak berwajib dalam membanteras gejala penagihan dadah
yang diungguli oleh anak-anak melayu.

Terima kasih.


Fotografi : Topeng Perak (Perisik Rakyat) – Bloggers Network Malaysia.

Penulis Artikel Pendek – (Asrol) - Bloggers Network Malaysia.

6 ulasan:

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

huhu...jelesnya ummi tengok korang...tak aci..!!

apa la..jarum suntikan tu ada sorang doc tercicir masa berkelah aritu...kebetulan dia baru balik dari klinik dia..camne ummi tau..doc tu talipon ummi bagitau..hahaha

zul mamak png berkata...

xpe ummi lain kali kita rancang prog santai lagi...

aik... camner ummi kenai ngan doc 2... takkan doc 2 balik klinik bawa jarum sama... 2 yang musykil.....

Superman Can't Fly berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Superman Can't Fly berkata...

ummi u nampak x gambar ke-3 dan ke-4, ada aweks di belakang.
itulah aweks yg kita bergambar dgn mereka.

Sekian terima kasih.....®

Tanpa Nama berkata...

mcj y qwb j, xxx. zkj e, cuk ziwfwu! epot a tcj nw.

Tanpa Nama berkata...

xsuo mktpc miasporn pclouw n uk e gui

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...