Isnin, 5 Januari 2009

Pak Lah Kekal PM sehingga Pilihanraya Yang ke 13 ???

Akan ada perkara yang mengejutkan akan berlaku pada sidang parlimen bulan januari 2009 nanti, di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli parlimen Pakatan Rakyat (82 ahli) akan membuat usul menyokong kepimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Berkemungkinan ‘separuh’ dari BN akan menyokong.

INI SATU LAGI BERITA SERIUS DAN GEMPAQ

Wau, wau, wau.. Ini satu lagi berita serius dan satu lagi kisah gempaq. Blogger Datuk Fuad Hassan, adik pelakon Datuk Jalaluddin Hassaan dan IGP Tan Sri Musa Hassan, baru je antar posting gempaq. Cukup gempaq. Cerita ni pasti bikin Najib Razak kecut perut, Anwar Ibrahim terangkat-angkat punggung tak senang duduk, Abdullah Badawi pulaknya, senyum simpul, meleret-leret, penuh dengan berjuta makna!

Ini posting gempaq Tok Fuad:

PAK LAH MASIH MAHU KEKAL PM(SEMBANG POLITIK SMS)

Politik ialah teori serba mungkin. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Jangan pekakkan telinga jika kita dengar sesuatu yang baru tetapi apa yang perlu ialah kita menghalusi dan menyiasatnya.

Saya ingin berkongsi pandangan dengan pembaca apabila seorang rakan saya yang merupakan penyokong kuat Pak Lah menghantarkan mesej pesanan ringkasnya sebagai ucapan selamat tahun baru kepada saya. Katanya, “Tahun baru yang kini tiba adalah satu transformasi perubahan kearah kebaikan, bergerak ke hadapan serta menggapai harapan tinggi untuk tamadun sebuah bangsa,”

“Semoga Allah yang Maha Esa memberi kekuatan, kesabaran dan Perlindungan kepada YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi agar terus mengangkat tamadun ini ke persada lebih terbilang, rakyat kembali meyakini beliau, bersatulah kita untuk membantu beliau kearah transformasi ini, kita ketepikan pemimpin yang rakus, haloba, tidak mengenang budi serta…..Ayuh Malaysia, beri peluang kepada Pak Lah meneruskan cabaran tersebut..”

Saya membalas bertanya, ada peluangkah Pak Lah terus sebagai Perdana Menteri sehingga pilihanraya yang ke 13 dan beliau menjawab Insya Allah jika Allah izinkan, itulah yang akan berlaku. Maka saya terus ingin mendapatkan penjelasan lanjut dengan bertanya bagaimana prosesnya?.Maka kawan baik saya ini menurunkan senarai yang mungkin ada lojiknya. Menurut beliau;

1) Akan ada perkara yang mengejutkan akan berlaku pada sidang parlimen bulan januari 2009 nanti, di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli parlimen Pakatan Rakyat (82 ahli) akan membuat usul menyokong kepimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Berkemungkinan ‘separuh’ dari BN akan menyokong. Menurut beliau sebenarnya ianya hanya untuk menunjukkan yang PR tidak boleh terima Najib sebagai PM. Disitu, tambahnya lagi mana-mana ahli parlimen khususnya dari UMNO yang tidak menyokong akan terlibat dengan rombakan kabinet sebab ia ada kaitan dengan pemilihan MCA yang lepas.

2) Menurut beliau, sekiranya di Kuala Terengganu calon BN tumbang, itu merupakan mesej jelas dari UMNO, PR dan rakyat yang mereka tidak boleh terima Najib sebagai PM.

3) Katanya, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan lebih menguatkan Pak Lah.

4) UMNO dan Rakyat telah lihat kerakusan Najib dalam isu Eurocopter, Nombor ekor dan pembelian Institut Jantung Negara selainnya Altantuya.

Lepas baca posting gempaq ni, saya termenung. Lepas tu saya teringat, malam New Year baru ni, seorang sahabat saya juga ada antar SMS. Katanya, satu perkembangan antarabangsa mungkin akan gempaqkan politik Malaysia 2009. Bila saya call dia, dia kata, ada pihak mungkin nak bukak kes Najib di peringkat antarabangsa. Kita kena sabar dan tunggu kalau perkembangan tu betul-betul terjadi seminggu dua lagi.

Betul ke begitu? Perkembangan apa agaknya? Kes apa agaknya? Sapa pulak agaknya nak main drama politik antarabangsa ni ya?

sumber dari : pinkturtle
lu pikir la najeeb... melolong la ko... ingat nak jadi pm bulan mac nie... pakai melepas laaaaa.. ingat senang pak lah nak lepaskan jawatan pm 2..... dia tak puas lagi nak pegang tangan pompuan yang cantik2....... ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...