Ahad, 8 Februari 2009

Apakah Pergolakan di Perak Membawa Kepada Darurat?-malaysiakini

WAP perang tempoyak di Perak kini nampaknya sudah merebak ke negeri-negeri lain. Pergolakan yang berlaku itu benar-benar memiliki sifat tempoyak yang berbau tetapi enak untuk dicecah dengan budu, cancaluk atau belacan.

Keadaan ini nyata apabila semalam dua kumpulan Melayu di Selangor dan Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubug apa yang berlaku di Perak.

Seratus orang Umno Ampang Jaya membuat laporan polis ke atas cadangan Menteri Besar Rakyat, Nizar Jamaluddin untuk menyaman Menteri Besar Perak yang baru Zambry Abdul Kadir yang dianggap tidak sah.

Manakala di Pulau Pinang Pemuda Umno membuat laporan polis ke atas Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Penasihat PKR Anwar Ibrahim. Laporan polis itu juga berhubung dengan kenyataan mereka tentang kemelut politik tempoyak di Perak.

Saya pecaya selepas ini makin banyak lagi kumpulan nasionalis Melayu berketurunan Pak Pandir, Lebai Malang atau pun Labu akan bangkit membuat laporan polis mengenai apa-apa saja yang berlaku di Perak itu. Umno mungkin mengarahkan ahlinya di semua negeri akan membuat laporan ke atas Karpal Singh atas nama mempertahankan institusi raja!

Situasi ini diburukkan lagi dengan kenyataan dari pemimpin-pemimpin politik dari kedua pihak. Sesetengah pemimpin Umno yang cuba menjadi hero selepas hujan, sudah mula bercakap. Saya percaya dalam media alternatif pula ada suara-suara komen dan kritik dari individu tertentu yang menyokong dan simpati kepada Pakatan Rakyat akan disiarkan secara emosional.

Senario hari ini menampakkan berlaku pertentangan antara dua kelompok politik Melayu; satu yang mahu keadilan menurut proses perundangan, dan yang satu lagi berindak menjadi pembela Melayu dengan merasakan mereka berlindung di sebalik istana dan dilindungi institusi itu. Konflit ini membimbangkan sebab ia menyebabkan akan wujud dua kumpulan Melayu yang kontras antara satu sama lain.
 
klik di sini untuk pautan berita

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malaysia dibawah AMNO/BN sedang menuju Ke arah "Authocratic Monarchy" ?????

Sepatutnya kita berubah dan mantapkan institusi raja dengan prinsip "Democratic Monarchy" !!

Kembalikan hak rakyat melalui demokrasi dan tadbir urus kerajaan yang baik.

Tamatkan penguasaan elit politikus yang bongkak & tamak terhadap kuasa dan khazanah negara!!!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...