Rabu, 18 Februari 2009

Bala Bencana Akan Menimpa Kerajaan Haram BN Perak-malaysiakini

Petang ini (18 Februari 2009) semua syarikat telekomunikasi mengaut keuntungan besar berikutan beratus ribu sms beredar di udara berhubung krisis kuasa di Perak. Antara perkembangan yang dimaklum, ditanya dan diulas ialah:

1. MB Barisan Nasional Perak, Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir dan 6 Exco BN digantung daripada menghadiri sidang DUN oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang dipengerusikan oleh Speaker DUN, YB Sivakumar (DAP - Tronoh). Ketika posting ini ditulis, berita TV9 turut melaporkan perkembangan ini.

2. ADUN Bota, YB Dato' Nasarudin Hashim akan meletak jawatan sebagai ADUN kerana tekanan daripada keluarga dan pengundi DUN Bota.

3. ADUN Jelapang yang juga Timbalan Speaker DUN, YB Hee Yit Foong kini berada di Hong Kong dan sedang menguruskan perletakan jawatannya sebagai ADUN. Langkah itu diambil kerana desakan yang 'dahsyat' oleh pelbagai pihak termasuk keluarga terdekatnya. Ibu YB Hee dikatakan tidak boleh pergi ke pasar untuk membeli barangan keperluan harian kerana akan dicerca oleh semua yang mengenalinya.

4. ADUN Kubu Gajah, Dato' Raja Ahmad Zainudin tidak akan menyokong BN jika berlaku sebarang pengundian dalam sidang DUN kerana tidak berpuas hati dengan kabinet negeri yang dibentuk oleh Dr. Zambry.

5. ADUN Behrang dan Changkat Jering, YB Jamaludin Mohd Radzi dan YB Kapten Osman Jailu tidak akan menghadiri sidang DUN kerana tidak sanggup berhadapan dengan bekas rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat.

6. Kekuatan undi BN di sidang DUN Perak yang terkini hanya tinggal 20 undi sahaja setelah ditolak MB Zambry, 6 Exco pilihannya dan 4 ADUN lompat. Jumlah itu menjadikan kewujudan kerajaan BN pimpinan Zambry sebagai mustahil dapat diteruskan.

7. Rombongan BN Perak mengadap DYTM Raja Muda memohon perkenan untuk membubarkan DUN dan memberi laluan kepada pilihanraya negeri Perak.

8. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Abdul Rahman Menjerit Hashim dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang dikatakan terlibat langsung dengan penulisan skrip filem rampasan kuasa baru-baru ini kerap dilihat membeli Panadol Acti Fast dan Panadol Soluble.

Semua perkembangan yang rancak berlegar di mulut rakyat negeri Perak ini belum dapat disahkan kecuali penggantungan Zambry dan Exco BN oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN petang tadi. Panel peguam UMNO diberitakan akan berbincang malam ini bagi mengenalpasti ruang yang ada untuk mencabar keputusan penggantungan itu di mahkamah.

Sementara itu sebahagian pemimpin UMNO negeri dan pusat mengesyorkan supaya Zambry memohon perkenan pembubaran DUN atau DYMM Tuanku Sultan memperkenankan permohonan asal oleh YAB Dato' Seri Nizar. Syor ini dikemukakan berikutan UMNO seakan tiada jalan keluar untuk menyelamatkan kerajaan 'misteri' yang ditubuhkan pada 6 Februari lalu.

Jika pembubaran DUN berlaku dalam masa terdekat maka Dato' Dr. Zambry bin Abdul Kadir akan mencatat sejarah sebagai Menteri Besar yang paling pendek tempoh perkhidmatannya di Perak. Tahniah!
 
dari blog cyberboron

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib mana, mana Najib? tak turun Perak ke yeop! sian Zambry tu, belum masuk rumah MB lagi tu, tak pun dari Purtajaya tu buat lah PC besar-besar kata kita BN/UMNO akan MELEPASKAN Perak, kemudian menangis sebab hari tu dah ketawa!!! la la la la

singamaraja berkata...

Auuum !

Orang Perak mau pilihanraya kok

Tanpa Nama berkata...

Sy rasa katak2 tue letak jawatan for PRK then if kalah pon bangsat nasional (BN) xlah tergadai lagi 18 kerusi yg lain.. atleast hilang kuasa pentadbiran Perak.. tapi 18 Adun still ada.. baru leh keluar skandal negeri Perak part 2...wakakaka... bak kata pepatah " ditelan mati emak, diluah mati bapak tiri".. lebih baik mati bapak tiri...hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

salam semua,

BN mencipta lebohraya yang panjang dan berliku liku diPerak..jalan yang penuh bahaya,awas...sesiapa yang cuba ikuti jalan itu...mungkin mati "katak"
he he...emm......

Tunggu perkembangan....dan tersenyum melihat yang mencari jalan pintas!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua,

Ya...jalan pintas!!!

tumbangkan BN di pusat..sarang segala ......!!!!!***####?

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...