Nampaknya makin hari makin ramai wakil rakyat kita (yang mengumumkan menjadi Wakil Rakyat Bebas) mengeluarkan pandangan mereka yang jauh berbeza dengan majoriti rakyat yang diwakilinya. Kalau dulu sebelum ini wakil rakyat tersebut mendapat kerusi yang didudukinya daripada beberapa parti politik yang berdaftar namun kini mereka telah tidak sehaluan dengan parti politik tersebut.
Malah ada terdapat Wakil Rakyat Bebas (menang atas tiket parti politik) yang bertindak "Lebih kuah daripada sudu", "Gunting didalam lipatan", "Kacang lupakan kulit" dan "Melepaskan anjing tersepit".
Penyakit "Besar Kepala" yang dihidapi oleh Wakil Rakyat Bebas ini adalah kerana mereka merasakan kemenangan mereka dahulu didalam pilihanraya adalah atas kapasiti serta pengaruh mereka dan bukannya dari undi-undi penyokong parti politik yang memberikan mereka tiket untuk bertanding dahulu.
Jika benar Wakil Rakyat Bebas ini berpengaruh dikalangan rakyat yang diwakilinya, adalah lebih wajar (dan bermaruah) jika sekiranya mereka meletakkan jawatan mereka dan seterusnya dilakukan satu pilihanraya kecil semula ataupun diadakan satu pungutan suara bagi rakyat yang diwakilinya.
Itu pun jika beliau berani mempertaruhkan reputasi dan pengaruhnya. Persoalannya sekarang ini ialah adakah beliau mempunyai pengaruh seperti yang beliau rasakan masih ada itu ataupun ianya sekadar penyedap hatinya sendiri?
Kepada Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas), Osman Jailu (ADUN Changkat Jering), Jamaluddin Radzi (ADUN Behrang) dan Hee Yit Fong (Adun Jelapang), sila buat satu pungutan suara atau letak sahaja jawatan anda supaya rakyat dikawasan anda dapat menentukan status (pengaruh) anda.
Jika anda tidak berani untuk melakukan salah satu daripada perkara yang saya sebutkan diatas, maka anda sebenarnya tidak layak untuk menjadi Wakil Rakyat kerana sebenarnya anda cuma adalah Wakil Diri Anda sendiri. Anda juga sewajarnya tidak layak (walau satu sen pun) untuk menerima elaun sebagai Wakil Rakyat kerana wang elaun itu datangnya daripada cukai yang dikutip daripada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan