Isnin, 9 Februari 2009

Bukit Gantang akan hantar mesej TKO buat UMNO dan BN-malaysiakini

Al-fatihah buat saudara Roslan Shaharum. Pemergiannya amat dirasai apatah lagi beliau digambarkan seorang yang baik dan sering membantu rakyat jelata khususnya di Perak.

Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat PAS Perak. InsyaAllah perjuangan arwah akan didokong dan disambung oleh generasi yang mendatang.

Semenjak kerajaan pakatan dirampas secara jijik oleh BN, tahap kepercayaan rakyat menurun sangat mendadak terhadap UMNO dan BN. Laporan pakar penganalisa politik juga membayangkan 98% rakyat Perak akan menyokong Pakatan dalam pilihanraya akan datang. Ramai yang mengharapkan pilihanraya dijalankan dan kini Allah telah membuka peluang bagi rakyat Perak dalam menunaikan janji-janji mereka terhadap Pakatan dalam menumbangkan BN.

Betapa Maha Mulia Allah dalam merencanakan segala-galanya. Peluang pilihanraya kecil ini ditakdirkan milik PAS. Sebagai rakyat Malaysia saya merasakan kita wajib melaksanakan apa yang telah di ucapkan iaitu melakukan perubahan drastik yang besar dengan menghilangkan wang pertaruhan BN untuk menunjukkan bahawasanya mereka ini tidak lagi diperlukan di Perak dan juga di Malaysia amnya.

Rakyat Perak harus menunjukkan Najib merupakan pemimpin yang tidak berakhlak dimana mempunyai nilai moral yang cukup tipis (jika adapun). Perlakuan dan sekatan-sekatan yang dilakukannya menggambarkan sikap kuku besi yang ingin dipraktikkan melalui Malaysia Baru nya. Najib yang dilihat terlalu gopoh untuk berkuasa nampaknya telah tersalah langkah dalam memandang rendah tahap pemikiran rakyat. Rakyat Perak dianggap terlalu bodoh sehingga terpaksa dicampurtangan oleh BN untuk berkuasa semula. Kesimpulan dari tindakan BN menggambarkan rakyat Perak sebenarnya telah ditipu dan tertipu dalam pilihanraya yang lalu. Oleh dasar itu, rakyat Perak perlulah bangkit menentang dasar BN yang menyerupai lanun dalam mengambil alih Perak secara paksaan. Rakyat Perak perlu menunjukkan rakyat masih bermaruah dan akan terus mempertahankannya. Rakyat Perak harus menunjukkan kegagalan pembubaran DUN merupakan kesilapan paling besar oleh pihak tertentu.


Perak akan terus bangkit dan diharap menjadi negeri pertama yang berbilang kaum menewaskan BN dengan pukulan TKO. Saya yakin Perak akan memberikan pengajaran paling bermakna dengan menghantar mesej yang pertama melalui Parlimen Bukit Gantang bahawasanya BN dan UMNO sudah tidak releven lagi.

TAKBIRR!!!!

sentuhanrakyat

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dalam suasana kini, pukulan TKO pasti..!!!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...