Selasa, 3 Februari 2009

Ezam: Senjata Saboteur Terhebat PKR!-malaysiakini

Saya menepuk tangan dan memberikan penghargaan hebat kepada bekas bos saya Ezam Mohd Noor. Cara dan kaedah beliau menjalankan amanah Dato' Seri Anwar Ibrahim begitu berkesan, sehinggakan kini Pakatan Rakyat sudah mencapai keputusan 4-0 setakat ini - Pilihanraya Umum 2008, Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kemasukan Nasarudin kepada PKR. Jika dikira kemasukan Gabriel Adit di Sarawak, maka kini 5-0.

Sekiranya Najib cerdik, sudah semestinya beliau dapat memahami peranan 'saboteur' atau peranan penggodam Ezam dan rakan-rakannya di dalam UMNO. Saya bukannya menyatakan Najib seorang yang bodoh atau yang bangang, tak baik begitu, tetapi saya melabelkannya sebagai seseorang yang mempunyai masalah kelembapan otak yang tersangat kronik. Malangnya lagi, sekiranya pernyakit ini tidak diubati, dikhuatiri ia akan berjangkit dan menular di kalangan pemimpin UMNO yang lain dengan kadar yang lebih dahsyat daripada penyakit Chikungunya atau Denggi.

Ezam, dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, memberi gambaran bahawa Anwar seorang yang berbudi pekerti mulia, sedia memaafkan, tenang menghadapi kesukaran dan sanggup mencari penyelesaian diplomatik demi meredakan kecelaruan rakyat pada ketika itu.

Yang peliknya, Ezam mengatakan beliau mendapat 'restu' daripada Pak Lah dan Najib untuk mendedahkan surat tersebut - walhal surat tersebut sedia didedahkan tanpa sedikitpun diarahkan dirahsiakan surat tersebut.

Rencana Ezam begitu licik sehinggakan pendedahan surat tersebut dapat menunjukkan kedangkalan Pak Lah dan Najib terhadap status sebenar surat tersebut.

Ramai yang menyatakan tindakan-tindakan Ezam semakin difahami kini dan penglibatannya dalam pilihanraya kecil di Pensiangan tidak akan menjadi.

dari putera batu

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...