Isnin, 2 Februari 2009

apa dah jadi kat Perak nie-malaysiakini

Kenyataan yang diedar oleh pegawai khasnya Firdaus Saharuddin jam 3.40 petang tadi, Jamaluddin juga berkata beliau masih berkhidmat sebagai Adun Behrang dan menyifatkan kenyataan Speaker DUN Perak semalam "tidak berasas sama sekali".

Dalam sidang media ringkas, pegawai itu berkata Jamaluddin kini sedang dalam perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun menafikan wakil rakyat PKR itu bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno berhubung desas-desus melompat parti kepada BN.

Sabtu lalu, desas-desus bertiup kencang bahawa Jamaluddin bersama Osman berada di Pahang dalam usaha berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di kediamannya di Pekan.
 
 
p/s Apa cerita sebenar kat perak nie... semalam cakap letak jawatan, nak di adakan pilihan raya kecil... tiba-tiba petang ini lak berita yang diterima 2 orang adun ini telah menafikan perletakan jawatan.... pening kepala aku.......

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...