Rabu, 4 Februari 2009

Isu Dewan Tabika Kemas, Kuala Sg. Pinang-malaysiakini

Kenyataan akhbar Isu Dewan Tabika Kemas, Kuala Sg. Pinang
Pada 4 Feb 2009
Jam 11.00 Pagi

Kerajaan Negeri kesal di atas tindakan mempolitikkan dan membesar-besarkan masaalah yang sudah selesai yang berpunca dari pihak KEMAS yang enggan berbincang dendan pihak JKKK

Sepertimana sedia maklum dengan maklumat yang sudah di sampaikan kepada pihak media oleh YB Yusmadi Yusoff MP Balik Pulau, di mana pihak JKKK sudah memberi kebenaran menggunakan bangunan ini dan hanya meminta pihak KEMAS membincangkan dengan JKKK untuk menyelaras penggunaan bangunan ini.

Kerajaan sekali lagi menegaskan yang arahan sudah diberi sejak awal penubuhan JKKK yang aktiviti masyarakat seperti Tabika mestilah di utamakan dan pihak JKKK diminta berbincang dengan pihak-pihak berkenaan untuk menyelaraskan penggunaan -penggunaan seperti ini

Oleh itu tidak ada sebarang arahan " mengunci " permis tabika atau melarang perkhidmatan itu. perlu ditegaskan bahawa ada dua pintu masuk di mana hanya satu di kunci sungguhpun tanpa arahan atau kebenaran kerajaan negeri pada hari tersebut.

Satu lagi pintu masih terbuka untuk digunakan oleh pelajar dan jelas perkara ini telah di gembar-gemburkan oleh pihak tertentu dengan berniat jahat bermotifkan politik.

Kerajaan negeri berharap perkara seperti ini jangan di politikkan dan perlu di bawa ke meja rundingan. Kita juga berharap Jabatan Persekutuan supaya lebih berkerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri.

Kronologi Peristiwa Isu Dewan Tabika Kemas, Kuala Sg. Pinang

5/8/08
AJK Kemas telah mengeluarkan semua kemudahan yang terdapat didalam Tabika atas sebab berlaku perubahan kerajaan di Pulau Pinang.

20/8/08
En Abdul Rahim selaku tim pengerusi JKKK Kuala Sg Pinang telah dipertanggungjawab oleh pengerusi JKKK Kuala Sg Pinang untuk menguruskan permis tersebut telah meminta Tabika Kemas tersebutberoperasi seperti biasa walaupun Pakatan Rakwat telah mentadbir ketika itu.

4/12/08
Pihak JKKK telah mengeluarkan surat kebenaran menggunakan dewan orang ramai tersebut bersyarat memandangkan terdapat aduan yamg menyatakan permis berkenaan telah digunakan oleh keluarga AJK kemas untuk bermalam di situ, walaubagaimanapun sehingga kini tiada sebarang jawapan yang di terima dari pihak Pengarah Kemas Negeri 2/1/09
Dewan tersebut telah dikunci oleh pihak JKKK memandangkan tiada sebarang jawapan yang diterima dari pihak Kemas Negeri, ini menunjukkan mereka tidak berminat untuk berkerjasama dengan pengurusan permis berkenaan

2/1/09
Pengerusi umno cawangan Sg Pinang, En Ismail Johar telah menceroboh permis berkenaan dengan memotong kunci tanpa pengetahuan JKKK sambik berteriak "Lim Guan Eng (Ketua Menteri P.Pinang ) bukan ada kuasa "

3/1/09
Pihak JKKK telah menjemput AJK Kemas berkenaan untuk bermesyuarat bagi menyelesaikan isu tersebut, tetapi malangnya ALK Kemas tersebut tidak hadir. Mesyuarat telah bersetuju untuk memberi peluang kepada Pihak Kemas Negeri untuk menjawab surat yang bertarikh 4/12/08 dan memaklumkan mengenai pencerobohan yang berlaku pada 2/1/09. Sehingga kini tiada sebarang jawapan yang diperolehi.

Berdasarkan fakta-fakta diatas peristiwa seperti yang dilaporkan tidak sepatutnya timbul dan diexploitasikan oleh pemimpin UMNO Balik Pulau tentang isu pendidikan bagi menutup pandangan masyarakat tentang isu sebenar iaitu:

  • salahguna permis oleh AJK Kemas dengan menjadikan permis tersebut sebagai tempat bermalam oleh keluarga mereka
  • Kemas tidak mengendahkan arahan JKKK agar berkerjasama dan permis berkenaan dapat digunakan untik menjalankan aktiviti lain oleh penduduk setempat
  • pencerobohan permis tersebut oleh Pengerusi UMNO cawangan Sg. Pinang.

Sikap rakur Umno menunjukan bahawa mereka sanggup mempergunakan apa-apa sahaja isu bagi menghukum pilihan demokrasi rakyat setempat.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam semua,
dulu pun ada terjadi tadika kemas dikawasan Bayan Baru hendak ditutup oleh pengerusi jkkkk...!nasib baik ada pihak2 yang menjadi orang tengah menyelesaikan isu itu sebelum keluar kat tv 3..kalau keluar masa tu pilihan raya kecil Permatang Pauh,he hehe...mau sedar sikit! jangan ego...

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...