Rabu, 4 Februari 2009

MB Perak Bubar Dewan Sebelum Perkenan Sultan-malaysiakini

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menghadapi krisis politik hari ini dalam satu langkah drastik dan luar biasa mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan serta merta sebelum mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya pada 3 petang tadi, Mohammad Nizar berkata beliau akan menghadap Sultan Azlan Shah petang ini bagi mendapat perkenan baginda.

Beliau berkata kerajaan negeri terpaksa mengambil tindakan memohon perkenan Sultan Perak membubarkan DUN ekoran keadaan yang tidak menentu apabila dua anggota DUN daripada Parti Keadilan Rakyat mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas manakala seorang ADUN dari DAP pula diura-ura akan mengambil langkah serupa.

Dua hari lepas, ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas manakala ADUN Jelapang, Hee Yit Foong, yang juga Timbalan Speaker dipercayai telah menyerahkan surat keluar daripada DAP hari ini.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak yang dianggotai 18 wakil DAP, lapan PKR dan enam PAS. Jika tiga ADUN berkenaan keluar, maka kerajaan negeri hanya tinggal 29 kerusi berbanding BN 27 dan Bebas tiga.

Tindakan beliau mengumumkan pembubaran dewan undangan negeri (DUN) sebelum mengadap Sultan bagi mendapatkan perkenan itu menurut pakar undang-undang adalah bercanggah dengan undang-undang tubuh negeri.

Seorang pegawai kanan negeri yang enggan namanya disebut mengesahkan bahawa pengumuman pembubaran DUN hanya berkuatkuasa apabila mendapat perkenaan Sultan.

Mohammad Nizar mendakwa ketidaktentuan yang berlaku sekarang kononnya disebabkan gangguan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno yang tidak dapat menerima kekalahan mereka pada pilihan raya umum lepas.

Menteri Besar ke-10 yang juga Timbalan Pesuruhajaya PAS Perak itu berkata kesemua 29 Adun Pakatan Rakyat jitu dan bersepakat untuk bersetuju supaya DUN dibubarkan dan satu pilihan raya mengejut dilaksanakan.

Beliau berkata Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak untuk menolak permohonan membubarkan DUN dan menjawab pertanyaan pemberita, Mohammad Nizar berkata beliau tidak terkejut jika BN akan memohon perkenan Sultan Perak bagi membentuk kerajaan negeri yang baru..

-- BERNAMA

4 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

HARI INI PERAK

BULAN 4 SELANGOR PULA.

MANA 16 SEPT TU???

HAMPEH.....
KASI PECAH.....

Tanpa Nama berkata...

Mati Menegak ler kau GOMO..
RM50 juta.. mata mana tak buntang.. Tahniah ler kerana menerima ADUN yang korup.. macam BN juga ler...
Kami dinegeri Selangor Insyaallah kekal Bersama PAKATAN.. kau ingat perak sama dengan selangor ke GOMO..
Kau ingat kami ni penjilat UMNO macam ko ker.. Jahanam ler UMNO.. main kotor.. amalkan demokrasi konon.. ingat hari pembalasan dari Allah akan tiba.. masa tuh pemimpin yang korup termasuk penjilat macam ko ni dapat balasannya..

PAPA GOMO berkata...

YE KE ANON???

PENJILAT???

BANG NUAR KAU TU PELIWAT TAK DAPAT BALASAN KE???

LIWAT LAH...
16 SEPT DAH DILIWAT...

SEKARANG PERAK DAH PUN DI LIWAT...

LEPAS NI???

LIWAT.......

Anak Perelih berkata...

UMNO peliwat Demokrasi sebab rampas kerajaan perak melalui pintu belakang..... UMNO PELIWAT CELAKA

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...