"Hari ini speaker DUN Perak (V.Sivakumar) telah diambil keterangan berikutan laporan polis terhadapnya. Laporan polis (10 jumlahnya) dibuat oleh pihak BN kerana tindakan tidak puas hati terhadap beliau yang menggantung MB Perak (MB tanpa sijil halal) bersama-sama dengan exconya.
Perlu diingat taraf speaker adalah sama seperti YDP Dewan Rakyat yang kini disandang TS Pandikar Amin Mulia. Jika YDP Dewan Rakyat punya kuasa, speaker DUN Perak juga ada kuasa.
ADUN mesti hormat sama speaker begitulah juga MP mestilah hormat dengan YDP Dewan Rakyat. Semua rakyat sudah tahu. Yang tak tahu adalah mereka yang sengaja tak mahu ambil tahu atau yang dah tahu nak kasi tahu pula supaya rakyat jadi bertambah-tambah keliru, bisu dan dungu.
BN kena ingat rakyat telah celik dan cerdik. Bukannya macam pemimpin BN yang cukup licik dalam memutar dan membelit. Yang dilakukan untuk terus berkuasa selagi ada lubang dan ruang untuk mengekalkan kuasanya dari dihalang atau ditentang.
Isu di Perak menyerlahkan BN sememangnya gila kuasa. Bersetuju saya akan istilah "gengster" yang diberi oleh Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (MB Kelantan) lagak BN yang merompak kuasa dari Kerajaan PR di Perak secara rakus serta menikus.
Rakusnya BN seperti dilihat menelan segala muntah jijik akan perbuatannya tanpa mempedulikan kehendak rakyat yang memilih PR. Manakala menikusnya BN seumpama seorang yang nampak gagah tapi sebenarnya penakut untuk beradu tenaga di gelanggqang. Tambah pula sanggup menggunakan istana dan bersembunyi dibuntut raja apabila panglima PR mencabarnya.
Silap bagi BN yang tidak menawarkan jumlah CUKUP BESAR untuk menawan V.Sivakumar. Ataupun sememangnya BN terlupa akan pentingnya speaker, dan hanya berpuashati dapat membeli timbalan speaker sahaja. Kita yakin sesungguhnya V.Sivakumar punya PRINSIP CUKUP BESAR dalam menangani isu Perak secara bijaksana seperti seorang Laksamana.
Pengajaran dari tindakan V.Sivakumar tidak akan disudahi begitu sahaja. Selepas ini nanti mana tahu jika ada cubaan TS Pandikar Amin Mulia nak tunjuk 'act' di parlimen, kemungkinan apa yang berlaku pada Sivakumar akan berlaku juga pada Pandikar Amin. Kepada TS Pandikar Amin, bersedialah dari sekarang, jika speaker DUN Perak dah kena YDP Dewan Rakyat pula bagaimana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan