Selasa, 10 Februari 2009

Lebih 2000 orang hadir "Penerangan Isu Perak" di Bayan Baru-malaysiakini

Hujung minggu lepas agak memeranjatkan apabila lebih 2000 orang dari perbagai kaum datang menghadiri Majlis Penerangan Isu Perak yang di anjurkan oleh Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru. Majlis yang sepatutnya diadakan di sebuah padang terpaksa dialihkan ke kawasan hadapan rumah kerana permit telah ditarik saat akhir kononya kerana wujud arahan khas dari Bukit Aman meminta semua ceramah khususnya berkaitan PAKATAN harus jangan dibenarkan selama 2 minggu.
Namun setelah berbincang ceramah di teruskan namun dialihkan ke sebuah rumah. Tahniah buat Angkatan Muda Bayan Baru di bawah Saudara Azrizal Tahir bersama pasukan anak mudanya yang begitu cekap sekali dan tahniah juga kepada Hj. Malek, tuan rumah yang begitu berani membenarkan rumahnya digunakan dalam keadaan PDRM memberikan tekanan.
 
Majlis dimulakan oleh Azrizal Tahir, di ikuti Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang YB Malek(yang hanya berucap ringkas kerana bergegeas untuk menghadiri sebuah majlis di kawasanya), YB Sim (ADUN kawasan tersebut Pantai Jerejak) dan kemudian pula Ust. Siddiq Noor dari Dewan Ulama Pas Negeri Perak sebelum malam itu che'GuBard diberikan masa sejam untuk menerangkan kepada hadiri isu politik terkini.
antara hadirin yang hadir
Kelihatan YB Sim bersama hadirin

mengaminkan doa yang diimamkan oleh Ust Siddiq Noor
gambar dari belakang 'crowd' yang begitu jauh dari pentas, mujur sistem siaraya malam tersebut 'hebat'
memberikan penerangan malam tersebut.
Isu di Perak ini sedang dipergunakan oleh Bn untuk mengelirukan rakyat. Majlis penerangan akan diteruskan. Mohon semua 'ranting' parti menganjurkan sesi penerangan kecil dan besar demi mengelakan rakyat terkeliru.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua,
Taniah kerana menganjurkan majlis penerangan,namun ada juga dikalangan ahli parti yang sengaja mensabotaj apa2 program parti....kalau cam tu elok tukar baju aja....pakai balik baju lama tuuuuuu....

Tanpa Nama berkata...

t.s lanang,
betul ka!...banyak ka yang nak jadi katak...?


burger ..kerang...jj6...ada ka??

"jangan mati katak" ...sudah la!!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...