Khamis, 5 Februari 2009

Lokasi Munajat & Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan ke Stadium Perak -malaysiakini


PROGRAM Munajat dan Perhimpunan 'Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak' yang dirancang berlangsung di Kediaman rasmi Menteri Besar akan dipindah ke lokasi baru iaitu Stadium Perak bagi menampung kebanjiran rakyat jelata dan para penyokong Pakatan Rakyat yang dijangka mencecah 100,000 orang. Majlis makan malamnya pula akan diadakan di Stadium Indera Mulia.
 
Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dijangka akan mengimamkan munajat solat hajat manakala beberapa tokoh utama Pakatan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut mengambil bahagian dalam program ceramah sebaik sahaja berakhir solat hajat itu.

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...