Khamis, 26 Februari 2009

NI LE..JAWAPAN SEORANG PENAKUT -malaysiakini


Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak cabaran Dewan Pemuda PAS untuk berdebat berhubung Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Kalau kita di peringkat pengubalan dasar, (maka) bolehlah kita debat, tak ada masalah. Tetapi kita sedang dalam peringkat hendak mengubahsuai dasar sedia ada dan memikirkan kaedah yang baru."
"Sebelum ini, perbincangan meja bulat pun telah diadakan. Saya pun telah beritahu sebelum ini di Parlimen bahawa pelbagai pilihan telah diketengahkan."
"Jadi, di peringkat yang kita berada hari ini, (maka) nak debat apa lagi. Lebih baik mereka (Pemuda PAS) berikan cadangan dan pandangan," kata Hishammuddin selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pemuda dan Keganasan di ibu negara pagi ini.

(1001 alasan diberi nak mengelak dari berdebat. Dah banyak kali dia ni tolak berdebat dengan Pemuda PAS, takkan inipun tolak juga. PPSMI bukan ke bidang Menteri Pelajaran ? Segala maklumat ada dalam tangan, apa nak takut ! Takkan setakat berani cium keris aje...)

Berikut adalah respon Ketua Dewan PAS Pusat, YB Salahuddin Ayub berikutan penolakan Ketua Pemuda UMNO


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Salahuddin Ayob menganggap penolakan cabaran debat oleh Ketua Pemuda Umno sebagai satu kemalangan besar terhadap usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Beliau menegaskan penolakan tersebut juga merupakan satu petanda buruk yang digambarkan oleh Pemuda Umno terhadap usaha yang dilakukan oleh pejuang-pejuang bahasa.

Salahuddin menegaskan demikian sebagai respon penolakan Hishamuddin terhadap pelawaan mengadakan debat mengenai isu Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

"Pemuda PAS kesal dengan kenyataan Hishamuddin Hussein kerana ia mengambarkan Pemuda Umno tidak berminat untuk memartabatkan bahasa Melayu.

"Penolakan ini juga memberikan gambaran buruk terhadap pendirian Pemuda Umno dalam isu bahasa Melayu," tegas beliau.

Beliau juga menegaskan DPPP tidak akan berputus asa dalam usaha mereka bersama pejuang-pejuang bahasa menuntut kerajaan memansuhkan PPSMI.

Sehubungan dengan itu, beliau mempelawa Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang juga Ketua Pemuda Umno untuk mengadakan satu perbincangan intelektual mengenai isu PPSMI.

(Salahuddin kata, kalau takut berdebatpun tak apa la, apa nak buat..dasar penakut. Tapi jom berbincang secara intelektual dan akademik pula. Boleh..? Takut jugak..!)

Ketua Pemuda Umno dalam satu sidang media selepas selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pemuda dan Keganasan di ibu negara pagi ini menolak cabaran debat yang dibuat oleh Salahuddin Ayob.

Selasa lalu, Pemuda PAS telah menghantar surat cabaran debat kepada Hishammuddin berhubung isu PPSMI melalui Naibnya, Khairy Jamaluddin di Parlimen.
 
(Pemuda UMNO cuma berani kepung Karpal kat Parlimen aje. Kepung orang yang duduk atas kerusi roda sahaja yang mampu Pemuda UMNO buat...)

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...