Selasa, 10 Februari 2009

PELUANG PAS DAN PAKATAN RAKYAT MEMBALAS DENDAM -malaysiakini

Kepulangan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum ke Rahmatullah pada hari ini [9 Februari 2009] memberi peluang kepada PAS, PKR dan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat [PR] untuk membalas dendam serta memalukan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan seluruh ahli dan penyokong regim UMNO dan BN yang terlibat dalam usaha menjatuhan PR pada 5 Februari lalu dengan kerjasama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Rampasan kuasa itu telah membangkitan kemarahan sebahagian besar rakyat yang 'celik mata hati'. Sekiranya Najib tidak tidak percaya apa yang saya sebutkan itu, saya sarankan sila dapatkan maklumat daripada perisik polis atau tentera atau sila turun ke tengah-tengah masyarakat untuk melihat sendiri respon rakyat.

Rata-rata rakyat [kecuali regim UMNO dan gerombolannya] berpendapat bahawa Sultan Perak yang bertanggungjawab dan bertindak melampaui peranannya dari segi undang-undang dan Perlembagaan [Sultan lebih arif tentang perkara ini kerana baginda adalah bekas Ketua Hakim Negara] mengarah MB dan para EXCOnya dengan serta merta meletakkan jawatan. Saya tidak berminat untuk mengulas isu ini dari segi persepsi rakyat dan undang-undang kerana ia tekah banyak diperbincangkan di media-media alternatif.

Apa yang saya hendak perkatakan disini ialah tindakan Sultan Perak [enggan membubar DUN] seolah-olah bertindak menghina dan menghampakan harapan seramai 3,793,243 [48.2%] pengundi yang mengundi PR [PAS, PKR dan DAP] bagi peringkat Dewan Rakyat. Manakala, bagi peringkat DUN pula seramai 3,486,321 [44.3%] pengundi turut merasai bahananya kerana sebuah kerajaan yang bobrok dan kaki rasuah memerintah Perak. UMNO hanya mampu memperolehi 4,076,556 [51.8%] peringkat di Dewan Rakyat dan 4,383,479 [55.7%] di peringkat DUN daripada jumlah pengundi yang keluar mengundi seramai 7,869,800 orang atau 72.2% dari jumlah pengudi 10,900,000.

Dengan kepergian Allahyarham Roslan, sudah hampir pasti PAS akan mewakili PR menentang UMNO bagi mengekalkan kerusi Parlimen tersebut. Kemenangan mudah bagi PAS kerana di kawasan Parlimen ini mengandungi 63.5% Melayu, 27.1% Cina, 9% India dan 0.2% lain-lain bangsa. Undi Cina dan India pastinya akan berpihak kepada PAS kerana isu campurtangan sultan dalam krisis politik di Perak. Inilah peluang terbaik bagi PR membuka pekung buruk para pemimpin UMNO dan sekutunya kepada rakyat. InsyaAllah dengan kerja keras dan bertawakal kepada Allah, Allah pasti membantu membenamkan sebuah parti yang amat jijik dan kotor diseliputi segala najis dengan syarat kita berjuang untukNya dan rakyat yang tertindas.

Para pemimpin PR sudah pasti mempunyai berbagai pengalaman dan kemahiran untuk berdepan dengan UMNO yang akan menggunakan apa sahaja terdapat di darat, di udara dan di laut, malah akan mengunakan hantu dan jembalang bagi memenangi pilihan raya kecil itu.

Kemenangan ini amat bermakna. Bagi membuktikan bahawa rakyat masih lagi mahukan PR memerintah. Kemaluan ini juga akan tempias ke muka Sultan.


Selamat berjuang ke titisan darah terakhir.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA


Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...