Rabu, 25 Februari 2009

Penduduk Bandar Tun Razak berhimpun sokong MB S'gor

Wakil surau dan masjid di Bandar Tun Razak yang menerima 46 ekor lembu korban daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini mengadakan perhimpunan aman menyatakan sokongan terhadap beliau yang didakwa telah menyalahgunakan dana kerajaan Selangor untuk tujuan tersebut.

khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 06Kira-kira 60 orang menyertai perhimpunan tersebut di hadapan Pejabat Khidmat Komuniti ahli Parlimen Bandar Tun Razak, kira-kira jam 3 petang tadi.

Abdul Khalid adalah ahli Parlimen kawasan tersebut.

Mereka membawa sepanduk berbunyi "BN dikejar roh 46 ekor lembu" dan "Prinsip kami dari rakyat untuk rakyat" sambil melaungkan "Hidup Tan Sri Khalid" beberapa kali.

Manakala kain rentangnya antaranya berbunyi, "Sedekah lembu adalah jariah bukan rasuah" dan "YB Tan Sri Khalid Ibrahim terima kasih kerana memberikan kami lembu untuk korban Aidiladha"

khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 05Perhimpunan aman selama sepuluh minit itu turut diawasi oleh kira-kira 20 anggota polis.

Penduduk kecewa


Sebelum ini, Gerakan Rakyat Anti-Korupsi (Gerak) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Khalid menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban untuk mengedarnya kepada penduduk di situ sewaktu Hari Raya Korban Disember lalu.

Sementara itu, Pengerusi Surau Firdaus, Ghazally Salim, melahirkan rasa kecewa kerana pemberian lembu tersebut dipersoalkan dan dipolitikkan.

khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 03"Kami kecewa mengapa amalan baik Tan Sri Khalid Ibrahim ini dipersalahkan dan dituduh mengamalkan rasuah?

"Padahal ini adalah sumbangan terus oleh PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) dan anak syarikat kerajaan negeri.

"Amalan sebegini sepatutnya digalakkan bukan dipersoalkan," tegas Ghazally dalam sidang media tersebut yang turut dihadiri kira-kira 15 wakil surau dan masjid di parlimen tersebut.

Ghazally mendakwa ramai penduduk di parlimen tersebut adalah anak jati negeri Selangor sebelum Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan.

Adakan solat hajat


khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 ghazally salim"Adakah kerana Bandar Tun Razak telah dijadikan Wilayah Persekutuan, maka kami tidak lagi berhak berkongsi sedikit kekayaan dan manfaat dari Selangor?

"Sebahagian besar daripada kami masih anak Selangor!" tegas Ghazally.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua ahli politik dari BN, Pakatan Rakyat, Gerak, SPRM dan rakayat Malaysia agar tidak mempolitikkan soal agama.

"Kalau kita tidak mampu untuk bersedekah, janganlah disekat orang lain daripada bersedekah," kata Ghazally.

Menurutnya, penduduk di situ juga akan mengadakan solat hajat dalam masa terdekat untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan menteri besar Selangor itu.

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...