"Jika PKR memilih calon tempatan yang boleh diterima oleh pengundi kawasan ini, maka saya tidak perlu bertanding sebagai calon Bebas. Tetapi jika PKR mencalonkan calon luar atau seseorang yang tidak boleh diterima penduduk tempatan, saya akan ubah fikiran dan akan bertanding tidak kiralah sebagai calon bebas sekalipun" kata ahli perniagaan berusia 49 tahun di sini yang terdahulu menyatakan hasrat untuk bertanding di kadun tersebut kelmarin.
Melihat kepada perkembangan semasa, sesiapa sahaja yang menang Bukit Selambau dilihat sebagai kerusi panas kerana sesiapa sahaja yang menang sama ada sebagai calon PKR ataupun Bebas sudah hampir pasti akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.
Sementara itu Ketua PKR Merbok, Datuk Rashid Din pula berkata, beberapa ahlinya telah menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan berkenaan. "Saya mempunyai senarai lima nama. Pengerusi PKR negeri (Ahmad Kasim) dan beberapa pemimpin lain juga mempunyai senarai mereka. "Kita serahkan kepada pemimpin PKR untuk memutuskan," katanya. Rashid memberitahu, oleh kerana penamaan calon hanya akan berlangsung pada 29 Mac, pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan.
Kerusi itu kosong berikutan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) V. Arumugam, 54, melepaskan jawatan pada 8 Februari lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 29 Mac dan jika ada pertandingan, pengundian pada 7 April. - sumber mSTAR Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan