Jumaat, 6 Februari 2009

Saman Sultan Azlan & Kerajaan BN baru-malaysiakini

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa dengan Menteri Besar baru mengangkat sumpah hari ini.

Pengerusi DAP, Karpal Singh mendakwa, Sultan Perak telah bertindak di luar bidang kuasanya dalam mengenepikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Nizar.

Katanya, Nizar akan memfailkan saman terhadap Sultan dan kerajaan negeri yang baru di Mahkamah Tinggi Ipoh, Selasa ini jika BN mengambil alih kuasa.

Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan menitahkan Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan pada 2.15 petang semalam yang menyatakan bahawa Sultan Azlan Shah telah menitahkan Nizar meletak jawatan setelah baginda berpuas hati Menteri Besar itu tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing untuk menyokong BN.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nie bukan DERHAKA.........kenapa lah ko di jadikan oleh Allah mempunyai akal tp tetap BODOH & BEBAL...............ko ingat Sultan itu mulia sangat ke.......Dimata Allah s.w.t. hanya yg beriman saje mulia.........AKU TAK TAKUT KENA TANGKAP DAN AKU DOAKAN ALLAH MELAKNAT SULTAN AZLAN SHAH DAN KELUARGA SERTA PEMIMPIN2 UMNO.....................AMIN

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...