Pusingan pertama Siri Jelajah Negeri Perak oleh YB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin bermula di kawasan DUN dibawah naungan beliau malam tadi tepat jam 9:00 malam.
Antara tetamu khas yang turut hadir dalam program sulung tersebut ialah Saudara Mustafa Kamil Ayub (Naib Presiden PKR), Ustaz Zulkifli Ibrahim (Pengerusi Perhubungan Pakatan Rakyat Perak), Saudara Misbahul Munir (Setiausaha Politik MB Perak), Saudara Mohd Anuar Sudin (ADUN Changkat Jong), YB Sivanisan (EXCO Kerajaan Negeri Perak dan juga ADUN Sungkai) dan juga beberapa orang lagi wakil dari Pakatan Rakyat.
Kehadiran pengunjung amat membanggakan dimana dianggarkan program malam ini dapat mengumpul sejumlah tidak kurang dari 2000 orang dan program juga berjalan dengan amat lancar sekali tanpa gangguan dari pihak PDRM, keadaan lalulintas juga agak lancar dengan kawalan penuh dari unit yang bertugas.
Program ceramah dimulakan oleh dan beliau telah menjelaskan kepada hadirin beberapa perkara mengenai isu yang sedang panas sekarang. antaranya ialah mengenai usaha UMNO/BN membeli ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dalam usaha merampas takhta Kerajaan Negeri Perak.
Banyak perkara telah didedahkan oleh beliau dan semua itu akan didedahkan sedikit demi sedikit oleh pihak kami untuk pengetahuan umum.
Program diteruskan lagi dengan ceramah oleh ADUN Changkat jering dan apa yang menarik dalam ceramahnya beliau mengingatkan semua pimpinan Pakatan Rakyat agar menguatkan jatidiri dan sentiasa istiqomah dengan perjuangan, betapa pentingnya mempertahankan amanah yang telah dipertanggung jawabkan keatas pemimpin yang dipilih oleh rakyat.
Dalam ceramahnya juga beliau menjelaskan beberapa perkara yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan semuanya adalah untuk kepentingan rakyat Perak yang selama ini telah diabikan oleh KERAjaan UMNO/BN pimpinan Tajol Rosli.
Menariknya dalam ceramah beliau, beliau turut menyentuh sedikit perkara yang menyentuh tentang bagaimana TGNA mentarbiyah pimpinan PAS sehingga mereka-mereka ini sukar atau tidak dapat dijual-beli perjuangan mereka.
Sebelum ceramah diteruskan, pengerusi majlis menceritakan sedikit pengalaman beliau berada bersama TGNA dalam program Kembalikan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak di Taman Melewar malam semalam. beliau memetik kata-kata TGNA yang menempelek UMNO/BN yang saban hari tak habis-habis memainkan dan memutarbelitkan isu "Derhaka" MB Ir Nizar tetapi dalam masa yang sama TGNA mengatakan bahawa UMNO/BN sejak dari awal penubuhannya berterusan telah menderhaka kepada Allah.
Pengerusi majlis juga menyentuh sedikit perkara mengenai 3 ADUN yang telah menderhaka kepada para pengundi dikawasan masing-masing. ke3-3 ADUN tersebut dikatakan sampai saat ini masih belum kembali kekawasan masing-masing kerana tidak berani berhadapan dengan pengundi dikawasan masing-masing.
Sindiran sinis juga diberi kepada ke3-3 ADUN tersebut kerana dimaklumkan ada pengundi-pengundi di ke3-3 kawasan tersebut sedang menanti kepulangan ADUN kawasan masing-masing dengan kasut, selipar dan juga terompah...
Majlis seterusnya diteruskan dengan ceramah oleh Saudara Mustafa Kamil Ayub (Naib Presiden PKR). rakaman ceramah Saudara Mustafa Kamil Ayubakn disiarkan kemudian selepas selesai kerja-kerja editor dan juga muat-turun ke laman youtube.
Kemuncak ceramah disudahi dengan ceramah oleh YB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin. rakaman juga akan disiarkan kemudian setelah selesai kerja-kerja editor dan yang berkaitan... jangan lupa untuk menyaksikan rakaman tersebut kerana terlalu banyak perkara telah didedahkan oleh YB Menteri Besar membabitkan berbagai isu dan yang paling menarik ialah pendedahan bagaimana ke 4-4 "de-facto" diculik sehingga kepada isu "Derhaka" dimainkan oleh UMNO/BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan