Ahad, 8 Februari 2009

SIAPA YANG DERHAKA RAJA MELAYU???-malaysiakini



Isu perak berlanjutan. Perlantikan menteri besar yang angkat sumpah dihadapan Sultan perak baru-baru ini amat meragukan dari sudut perlembagaan dan undang-undang.

Macam mana seorang menteri besar baru dilantik, sedangkan dalam masa yang sama, dari sudut perundangan, menteri besar yang sedia ada masih sah lagi status MBnya.

Tapi apa yang pelik dari kerjabuat UMNO. sebab, pada UMNO, semuanya tidak mustahil.

Tindakan melantik MB baru dikala MB lama masih sah lagi seperti seorang bapa yang mendesak menantunya menceraikan anak perempuannya. Menantu itu tidak mentalakkan isterinya lagi, tetapi si bapa telah menikahkan anak perempuannya dengan lelaki yang lain.

Bukankah tindakan itu adalah tindakan yang kurang bijak. Yang pastinya, manusia itu tidak semuanya bijak, bahkan sebijak-bijak mana pun manusia itu, pasti ada masanya dia tidak bijak, walaupun ia dikenali sebagai orang yang bijak.

Isu menderhaka kepada sultan menjadi perbincangan. Pelik gak. Kenapa isu menderhaka sultan yang diisukan kini, sedangkan masa mahathir jadi PM dulu, beliau "cabut taring" raja-raja melayu (seperti British "cabut taring" raja-raja melayu dalam sejarah Malayan Union). masa tu, seorang pun pemimpin UMNO tak membantah. Bukankah masa tu, Najib sudah jadi kabinet Mahathir???

Mengikut "Aqidah" orang melayu, Raja tidak boleh diderhakai. Tapi itu aqidah melayu dulu; iaitu dikala raja mempunyai kuasa mutlak. Tapi kini, malaysia sudah merdeka. Bukankah Tengku Abdur Rahman sendiri bersetuju dengan perlembagaan Malaysia yang digubal UMNO bersama dengan Bristish, menyatakan raja yang wujud di Malaysia adalah raja berpelembagaan..

Apabila sebut raja berpelembagaan, bermakna, bukan rakyat sahaja boleh derhaka dengan rajanya, tapi raja juga boleh menderhaka.

Menderhaka??? Menderhaka dengan siapa???

Menderhaka dengan perlembagaan yang UMNO buat bersama British dulu. Bersama lord Red. Menderhaka dengan undang-undang yang dipersetujui oleh pihak raja juga.

Raja berpelembagaan bukanlah seperti raja yang mempunyai kuasa mutlak. Ia terikat dengan undang-undang. Bila raja langgar undang-undang, bermakna raja telah menderhaka dengan "kedaulatan undang-undang".

Ingat!!! taring raja melayu sudah dicabut oleh UMNO.

Oleh itu, dalam hal ini, UMNO wajib dipersalahkan. Sebab, agama islam di Malaysia jadi rosak, semuanya kerana UMNO. Raja melayu tidak direspek lagi, semuanya kerana UMNO. Bangsa melayu jadi bangsat, semuanya kerana UMNO. Bangsa lain dilihat jijik, semuanya kerana UMNO.

UMNO wajib dipersalahkan. Kalau aku seorang diri pun, aku akan lawan UMNO. Sebab, UMNOlah pemunah Islam, agamaku; pemunah raja melayu, rajaku; pemunah bangsa melayu, bangsaku; pemunah bangsa-bangsa lain, saudaraku.

UMNO.. ia adalah jijik dan kotor !!!!

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com

6 ulasan:

Shaharuddin Othman. berkata...

Walaupun Tuanku mempunyai pendidikan dari segi undang2 tapi tidak semestinya cerdik.Inilah bala yang menimpa perak bila raja tidak cerdik....macam raja kapor.Hakikatnya raja Azlan bukanlah yang layak untuk menaiki takhta raja perak hari ini sepatutnya ikut undang2 tubuh perak yang layak adalah raja lain.Lihat pada salsilah raja perak...layak ke Raja Azlan ni.....

Tanpa Nama berkata...

Raja dan anak-anaknya pegi belajar korg ingat betul ke dorg cerdik dan lulus semua ujian. Lulus ujian diplomasi ada lah.

Tanpa Nama berkata...

kasihanlah kita orang orang Melayu, selalu dipergunakan dan dipermainkan oleh pemimpin pemimpin Melayu dan raja raja Melayu kita dengan isu isu kaum , isu isu agama dan isu isu kedudukan istimewa yang kononnya mempertahankan hak orang Melayu, tapi sebenarnya mempertahankan kepentingan mereka sendiri sahaja.

Sedarlah orang Melayu, hanya demokrasi dan keadilan yang boleh mempertahankan hak rakyat

kwmark berkata...

I will tell my childrens and my children’s next generation what type of monarchy democratic the Perak royalties has done to its rakyat in the year 2009.

How the royalty abuses their so call power that force the rakyat of Perak to bow and forgo the state government they elected during the last general election.

There’s no need to have election in Perak near future. The royalty in Perak can just appoint a Menteri Besar at their whim…

The Perak royalties owed the rakyat of Perak inregardless of races and religions by denying the rakyat to choose their own exercise their rights in a democracy way….

Democracy!!!

Kita yang telah diderhaka oleh Raja....

Gelombang Rakyat berkata...

Nak check nengok depa buat dentuman di Perak ada dak depa tengah tindih benda nak meledak.

Umpamanya ekonomi.

Ada kalu...

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

Tanpa Nama berkata...

Makin menyampah aku dengan UMNO ni. Yang menghinakan bahasa Melayu melalui PPSMI pun UMNO. Patut ambil tindakan haramkan UMNO. Yang mencabut kuasa raja dulu pun UMNO.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...