IPOH, 17 Feb. :- Menteri Besar Perak Kudeta ,Zambry Abdul Kadir semalam hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak berhubung kenyataan medianya mengenai Speaker DUN Perak, V Sivakumar, baru-baru ini. Kehadirannya agak lewat iaitu pada jam 3.30 petang walaupun dia dipanggil untuk hadir pada jam 3.00 petang.
Turut dipanggil dan hadir untuk memberi keterangan dua wartawan dari akhbar The Star dan Sin Chew Daily.
"saya hormati dia, beliau masih Speaker dan saya perlu menghormatinya," katanya di luar pejabat Sivakumar.
Ditanya kedudukan Sivakumar sebagai Speaker ketika ini, Zambry menjelaskan perkara itu akan diteliti mengikut peraturan dan proses undang-undang.
"Proses pemilihan Speaker (baru) ditentukan kemudian. Apa pun beliau (Sivakumar) masih Speaker DUN Perak.
Sementara itu, Sivakumar pada sidang media berasingan berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak dengan memanggil beberapa individu termasuk Zambry dan dua wartawan.
"Jawatankuasa mengadakan mesyuarat itu untuk mendapatkan maklumat berhubung laporan akhbar terhadap Speaker. Jadi, mesyuarat itu bertujuan mengumpulkan maklumat untuk mendapatkan bukti, sama ada ia betul atau tidak," katanya yang mengakui Zambry memberi kerjasama ketika memberi penjelasan.
Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) daripada Barisan Nasional, manakala lima lagi daripada Anggota Pakatan Rakyat yang merupakan Kerajaan Perak yang sah iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).
Sivakumar berkata, sehingga kini, jawatankuasa itu belum membuat sebarang keputusan kerana masih pada peringkat penyiasatan.
Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.
Tindakan ahli yang berhormat ADUN Perak boleh dirujuk kepada peraturan ini sama ada ianya berlaku di dalam dewan atau diluar dewam.
dari blog cina islam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan