Rabu, 25 Mac 2009

Bukit Selambau:LAWAN TETAP LAWAN -malaysiakini

Semakin dekat tarikh penamaan calun semakin hangat suasana PRK Bt Selambau kali ini. Malam Isnin 23 Mac lalu program memperkenalkan calun dan ceramah bersama DSAI telah di gempur oleh si Topi Merah dan si Jaket Kuning. Mereka menyembor air kimia dan menembak rambang gas pemedih mata yang menyebabkan kira2 10,000 hadirin bertempiaran lari kerana tak tahan dengan bisanya asap gas tersebut dan jeket kuning menangkap kira2 32 orang hadirin termasuk beberapa pimpinan PKR dan Pas Kedah. Mereka yang ditahan dilepaskan keesokan harinya.

Alasan polis menyuraikan majlis ceramah tersebut atas alasan perhimpunan haram tetapi ironinya permit pada awalnya telah diberikan tetapi ditarik balik pada saat2 akhir yang mana alasannya bagi kita ahli Pakatan Rakyat telah pun boleh mengagakkan nya. Begitulah takutnya parti gerombolan Ameno terhadap program2 yang dibuat oleh pakatan rakyat. Kita juga jangan terkejut jika perkara sedemikian juga akan berlaku disaat kita sedang menghadapi PRK kali ini. Mereka akan melakukan apa saja untuk menghalang dari Pimpinan Pakatan Rakyat untuk berjumpa dan menceritakan hal sebenar politik semasa kepada rakyat. Mereka menjangka jika rakyat tidak didedahkan perkara sebenar rakyat akan menyokong mereka tetapi mereka tersilap percaturan politik kerana rakyat Malaysia telah matang dan berpolitik serta maklumat.

Lagi tekanan diberikan lagi cepat dan pasti kejatuhan mereka. Rakyat Bt Selambau sudah tidak sabar2 lagi untuk menghukum BN pada PRK ini. Tambahan pula lagi benci rakyat bila melihat markas polis (martec) yang sedang disiapkan ditepi IPD Sg Petani sedang disiapkan dan pondok polis didirikan hampir dengan markas Pakatan Rakyat seolah-olah akan berlaku kekacauan dan keganasan pada PRK ini.

Minggu ini juga kita dikejutkan dengan penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan oleh kementerian yang diterajui olah Syed Hamid, menteri yang terkenal dengan kerapkali membuat kenyataan bodah. Alasan diberikan Harakah dan Suara Keadilan mengeluarkan berita berunsur fitnah dan mengelirukan. Rakyat ingin bertanya surat khabar mana yang mengeluarkan berita yang tak fitnah dan tak mengelirukan untuk dibaca?.... adakah utusan malaysia, berita harian atau nak paksa rakyat melihat dan mendengar TV3.......!!!!!!. Atau apakah yang akan berlaku dalam masa 3 bulan ini dalam politik Malaysia yang akan disorokkan dari pengetahuan rakyat Malaysia?. Yang pastinya sewaktu PRK kali ini Pakatan Rakyat akan mengalami pengurangan media untuk sebaran kepada pengundi dan penduduk dan gerombolan BN akan menyogok pengundi dengan berita2 hanya mereka sahaja yang baik,perihatin dan membela rakyat dalam media kesayangan mereka dan pasti kali ini diberikan secara percuma kepada pembaca menjelangnya hari penamaan calun sehingga hari pembuangan undi kelak.

Berbalik kepada Bt Selambau telah berlaku pertemuan para pengkianat parti dilokasinya kelab cinta sayang. Kehadiran agak membanggakan kepala segala pengkianat. Hampir 40 orang hadir dan ini temasuklah beberapa bahagian PKR yang mana ketua bahagiannya tidak sehaluan dengan pimpinan negeri bermesyuarat dan mencari jalan serta resolusi untuk mengalahkan calun PKR dalam PRK kali ini. Pertemuan ini juga melibatkan calun2 yang tidak dipilih untuk bertanding yang telah termakan hasutan dan terkena jarum bisa dari kepala pengkianat iaitu si Zamil Ibrahim. Maka adalah keputusan dibuat antaranya menetapkan calun bebas dan telah dibuktikan dengan keluarnya siaran di TV3 iaitu Radi Md Lazim akan bertanding sebagai calun bebas dan mengeluarkan kenyataan2 haprak tentang Pimpinan PKR.Juga akan keluar selepas ini pula keburukan mengenai calun PKR yang dipilih iaitu Manikumar untuk disebarkan tanpa henti sepanjang PRK kali ini.

Kepada Zamil pula gerombolan BN telah menyediakan seorang Pemberita khas untuknya menjalankan kerja2 kotor ini. Pemberita ini sentiasa dengan kameranya dan tulisannya mengikut kemana sahaja Zamil pergi dan menyiarkan keburukan samaada perkara yang sengaja dirancang atau keburukan yang dirakam untuk didedahkan. Jadi AWASLAH Pakatan Rakyat!!!!!!!!!. Bagi Pimpinan PKR negeri antara yang hadir adalah dari Baling, Pendang dan Padang Serai. Padang Serai diwakili oleh seorang ahli majlis yang kontraversi yang telah didedahkan beberapa kali kerja pengkianatannya tetapi tidak diambil pun tindakan terhadapnya.

Kepada Zamil ingin kawan2 berpesan kepadanya....Jaga lah marka yang bawa dari luar negeri tu....walaupun bukan dari monggolia tapi wajahnya hampir2 sama dengannya. Pada hang dok buat kerja2 kotor dan dimarahi oleh orang adalah lebih baik hang tumpukan masa kepada sidia. Waktu yang ada hang ajar dia mengucap dan ajar di solat dan niat berpuasa sebagai persedian untuk dijadiakan yang nombor 3. Mentor hang moktar Mansur mesti tersenyum jika beliau membaca perenggan ini.Walaupun hang dok cari keburukan orang hang jangan lupa orang juga dak teropong keburukan hang.

Cukuplah kekayaan segera yang hang dah dapat. Ingatlah sama dosa dan pahala. Walau sekaya mana pun hang dengan kereta2 dan motosikal serta rumah mewah bila sampai masa nanti pasti menyahut seruan Ilahi. Masa itu hang pikirlah betapa sengsaranya waris2 hang untuk menyempurnakan jenazah hang.Hang nak panggil orang2 Ameno untuk menguruskannya............

Hahaha.....Lu pikirlah sendiri.

Wassalam....Jumpa lagi.

Jin Brabus.
 
N25 Bukit Selambau

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...