Isnin, 16 Mac 2009

Kerajaan diminta utamakan LCCT Pulau pinang-malaysiakini

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan Kerajaan Pusat yang tidak berhasrat membina Terminal Penumpang Tambang Murah (LCCT) di Pulau Pinang dalam bajet mini yang dibentangkan Selasa lalu.

Kerajaan Pusat, katanya, tidak mempunyai sebab untuk tidak membina LCCT di Pulau Pinang memandangkan keuntungan yang dicatatkan oleh Lapangan Terbang di negeri ini adalah RM493.3 juta.

Malah, beliau juga terkejut apabila kerajaan meluluskan bajet RM200 juta untuk pembinaan LCCT di Sabah sedangkan Lapangan Terbang Pulau Pinang mencatatkan keuntungan lebih lima kali ganda berbanding Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

"Tiada sebab LCCT tidak boleh dibina di Lapangan Terbang Pulau Pinang sepertimana yang kerajaan lakukan di Sabah. Keuntungan operasi di Pulau Pinang lebih besar daripada sabah yang hanya sekitar RM96.1 juta.

"Walaupun keuntungan yang dicatatkan oleh Malaysia Airport Berhad (MASB) adalah lima kali ganda, tetapi tiada LCCT di negeri ini. Maka, kerajaan harus memberi keutamaan kepada Pulau Pinang sebelum Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan akhbar yang difakskan ke Pejabat Sinar Harian Edisi Utara semalam.

Guan Eng berkata, dalam pertanyaan lisan yang dibuat olehnya kepada Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat baru-baru ini, kementerian berkenaan menyatakan keuntungan yang diperoleh di semua lapangan terbang di seluruh Malaysia menunjukkan Pulau Pinang di tangga kedua selepas Selangor.

Malah katanya, jumlah perolehan di semua lapangan terbang mencatatkan keuntungan sebanyak RM2.1 bilion manakala jumlah kos menaik taraf di semua lapangan terbang adalah sebanyak RM3.7 bilion.

Justeru, beliau berharap Kerajaan Pusat dapat mempertimbangkan permohonan kerajaan negeri untuk membina sebuah LCCT di Pulau Pinang memandangkan jumlah penumpang semakin meningkat.

Selain itu, beliau juga berharap agar permohonan kerajaan negeri untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dapat dipertimbangkan dan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK 10) nanti.


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...