Sepertimana yang GB pernah katakan sebelum ini walaupun pelan peralihan kuasa hanya akan berlaku hujung bulan ini, tetapi yang nyata, kuasa sudah pun berada di tangan Najib.
Banyak keputusan-keputusan kritikal negra telah ditentukan oleh kabinet yang dipengerusikan oleh Najib. Keputusan menangguhkan kadar tol adalah contoh yang paling nyata.
Maka sebab itu menteri-menteri kabinet sudah mula meninggalkan arahan dan tidak lagi mendengar apa-apa pandangan Pak Lah.
Menteri Pelajaran Hishamuddin Hussein hari ini dengan terang-terang membelakangkan arahan Pak Lah yang meminta supaya isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan segera bagi mengelakkan tercetusnya isu lebih besar pada masa depan.
Semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan segera bagi mengelakkan tercetusnya isu lebih besar pada masa depan.
Perdana Menteri berkata, ini kerana terdapat desakan kuat terutama daripada orang Melayu mengenai isu tersebut dan satu keputusan segera mengenainya perlu dilakukan.
"Saya mahu isu ini diselesaikan segera dan jika dilengah-lengahkan, pelbagai tekanan dan tindakan akan dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyebabkan ia jadi lebih besar," tegasnya.
Tetapi pada hari ini Hishammuddin sebagai Menteri Pelajaran telah mengeluarkan kenyataan bahawa kajian tentang keberkesanan dasar PPSMI tidak akan dipercepatkan, sebaliknya akan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
"Kita ikut jadual macam biasa kerana ia perlu melalui proses-proses tertentu," kata beliau pada sidang media khas di kediamannya di sini sebentar tadi.
Pak Lah sudah diketepikan. Tradisi UMNO banyak menyerlahkan pemimpin yang pergi akan mendapat penghinaan oleh pemimpin dan ahli UMNO yang datang. Bekas-bekas Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO akan terus mendapat penghinaan daripada generasi selepasnya.
Itu sememangnya telah menjadi budaya dan amalan UMNO turun menurun bermula dari Pengasas UMNO sendiri iaitu 'Hero orang Melayu' yang juga pengasas Umno, Dato' Onn Jaafar telah KELUAR dari UMNO dan MATI di luar UMNO. Begitu juga dengan Tunku Abdul Rahman.
Nasib Tun Dr Mahathir selepas turun dari jawatan PM dan Presiden UMNO tidak segan silu diberikan pancutan air lada oleh ahli UMNO sendiri. Munkinkah perkara yang serupa mungkin bakal dirasai oleh juga oleh Pak lah?

--
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan