Ahad, 15 Mac 2009

Pejuang Bahasa dipepah macam bola-lisut-malaysiakini




Maka berkatalah Sasterawan Negara, Datok' A.Samad Said, "Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa."

Siapa cakap bahasa inggeris tak penting. Ia amat penting kerana ia bahasa antarabangsa. Kalau nak 'terror' bahasa inggeris, belajarlah ia sebagai satu 'subjek' sendiri.

Kalau belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris kerana semata-mata nak 'terror' bahasa inggeris, itu bengong namanya.

Kalau kita terror bahasa inggeris melalui belajar bahasa inggeris sebagai satu subjek, ia hanya dapat menolong kita membaca banyak buku sains dan matematik.

Sekarang tokey PPSMI Dr. Mahathir telah memutar belit isu, kononnya yang turun berdemo tempoh hari pun ramai yang 'terror' bahasa inggeris. Dia kata kalau berjumpa dengan orang Korea, adakah kita nak cakap melayu?

Beliau jugak berkata yang dia tetap jadi melayu walaupun pandai berbahasa inggeris.
Ini spesis "Cerdik tak boleh diikut, 'kurang cerdik' tak boleh diajar."

--
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...