Selasa, 31 Mac 2009

Pilihanraya ini akan jadi Referendum tolak Najib...-malaysiakini

Rayu Pak Lah jangan serah jawatan dulu.....

"Sikap tidak berterus-terang Najib, tidak menjawab, tidak mahu ke mahkamah terhadap isu Scorpene/Altantuya sudah meyakinkan rakyat untuk tidak mengangkat beliau sebagai pemimpin mereka.

Tambahan lagi, peranan beliau sebagai pemimpin UMNO Perak dalam krisis di negeri Perak tidak menampakkan beliau sebagai pemimpin yang ikhlas dan mahu berhadapan dengan rakyat.

 Dalam kapasitinya sebagai pemimpin UMNO Perak, dia boleh mempengaruhi ahli-ahlinya dan Sultan supaya DUN Perak dibubarkan dan diserahkan kepada rakyat untuk memilihnya. Pemimpin sedemikian tidak suka mendengar keluhan rakyat. Kuasa lebih penting. 3 katak diangkat menjadi pemimpin rakyat, menjadi idola rakyat, menjadi tunjang demokrasi Perak.

Jika semua tuduhan yang tersebar itu benar (sehingga ke Perancis), dan ia telah pun kelihatan benar dengan sikap Najib, kita tiada pilihan lain melainkan berusaha menyekat beliau daripada menjadi pemimpin kita (mengikut lunas undang-undang). Jika pemimpin seperti ini dibiarkan, negara akan menuju kepada kehancuran yang pasti. Pemimpin seperti ini akan merosakkan negara jika dia diangkat menjadi ketua pemerintah. Fikirkan apa yang boleh pemimpin seperti ini lakukan dengan kuasa kehakiman yang boleh dipengaruhi, polis yang terpaksa/dipaksa menurut perintah dan kuasa majoriti legislatif yang boleh mengubah undang-undang dan perlembagaan mengikut kepentingan. "It's going to be worst than Mahathir's time."

Apakah ada jalan bagi menyakinkan Yang di Pertuan Agung bahawa rakyat tidak mahu dipimpin oleh pemimpin seperti ini? Bagaimanakah rakyat boleh bersuara secara kolektif untuk menghantar mesej yang sedemikian, dan boleh dijadikan alasan oleh Yang dipertuan Agung untuk menolak perlantikannya? Apakah masa mencukupi atau boleh dilewatkan lagi perlantikan beliau? Bagaimana dengan inisiatif Referendum Rakyat?

"Disclaimer": Jika semua tuduhan itu tidak benar, (ada yang akan ketawa) Najib patutlah diangkat sebagai pemimpin idola agama, bangsa dan negara. "Perintahlah kami semua."





!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

1 ulasan:

loqlarq berkata...

BERIKA KAKI KAT BERNAMA NEWS TADI ( TAPI KELUAR CUMA SEKALI AJA) YANG DYMM AGONG CUMA PERKENAN UNTUK TERIMA PAK LAH MENGADAP CUMA PADA RABU HADAPAN. BERMAKNA SELEPAS PILIHANRAYA KECIL LAH TU.
APA MAKSUDNYA

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...