"Kami sayangkan Umno, sebab itu kami mahu pemilihan ini ditangguhkan selagi semua laporan salah laku rasuah tidak disiasat dan diselesaikan sepenuhnya," katanya.
Malah mereka sedia memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu jika saranan itu diabaikan oleh parti.
Sebelum ini dua individu tersebut pernah melaporkan dakwaan salah laku rasuah yang kononnya dilakukan oleh Presiden dan Timbalan Presiden Umno.
Namun kata Mazlan, semua laporan yang dibuat pada 4 September lalu tidak pun disiasat malah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa siasatan rasuah dalam Umno ditutup.
Pengumuman ini nyata mengecewakan beliau dan ramai lagi pemimpin serta ahli di peringkat bawahan, katanya.
"Saya serta Datuk Mazlan Harun akan mengkaji untuk mengambil injuksi mahkamah sekiranya Umno belum habis menyelesaikan kes salah laku dan politik wang sebelum persidangan diadakan, dan juga segala permintaan-permintaan saya seperti yang disebutkan di atas tidak diambil tindakan," kata Kadar.
Paling mengecewakan Mazlan ialah bagaimana Abdullah yang menentukan bahawa segala laporan dan kes tersebut ditutup sedangkan laporan yang dibuat bersama Kadar tidak pun disiasat.
Mazlan melihat, pemimpin Umno hari ini tidak mempunyai 'political will' untuk membuat perubahan yang sebenarnya diharapkan rakyat.
Ia termasuk menghapuskan amalan korupsi dalam Umno yang mutakhir ini menghancurkan kepercayaan rakyat kepada parti itu selama ini, katanya.
Sebaliknya pemimpin Umno termasuk di kalangan menteri hanya mementingkan projek dan kedudukan mereka tanpa mahu menegur ataupun mengkritik kepimpinan yang lemah, ujarnya.
"Masakan Tun Dr Mahathir Mohamad boleh katakan Umno kini parti yang korup, ini satu kenyataan yang patut dipandang serius oleh pimpinan," katanya.
Mengulas mengenai sebarang kemungkinan beliau akan dikenakan tindakan berikutan kenyataan keras dan hasrat mahu membuat injunksi, Mazlan berkata mereka bersedia menerima tindakan Umno akibat membuat desakan sedemikian.
"Saya tidak kisah dibuang parti. Banyak lagi pembangkang yang tunggu. Kami lakukan ini pun sebab sayangkan parti,"
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
5 ulasan:
Salam Zul,
Parti pembangkang mana nak sangat kat dia. Mungkin dia mintak dicolek kut?
salam Dr. kalau ler ade orang yang nak colek depa tu, tak laqin dan tak bukan.... si najis @ bini rosmah 2 je... pasai hobi di suka colek adun
Salam Zul 786...
SPRM dok tunggu apa lagi!!!!
pi la buat kerja,..politik wang tu sama la rasuah je..umno saja kata bagi nampak depa bukan kaki rasuah...ubah le apa namanya kalau dah kaki rasuah tu...macam tu jugak.
Macam juga la, judi..namakan loteri,cabutan bertuah,loteri kebajikan atau apa saja...tetap judi,ni semua kerja umno kelirukan orang kampung!!!..mana ada kebajikan ...judi.
SPRM...oh SPRM tak ada bukti kukuh ke?...diam je tak kata pa?
salam zul..hang cerita pasal moron sama dia lagi mangkaq al-siru bepa lama kita nak simpan dia ...kasi peecahh laaaa la bro.
Salam... dah bersepah buku '25 Dalil Mengapa Pak Lah Mesti Berhenti Menjadi PM' diedarkan... secara percuma lagi
Catat Ulasan