Ahad, 8 Mac 2009

Yang Dipertua Maipp pembohong-malaysiakini

TASEK GELUGOR - Ketua Parti Keadilan (PKR) Bahagian Tasek Gelugor, Mahamad Hashim menyifatkan kenyataan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berhubung seramai 40 ahli dari PKR menyertai UMNO dalam sebuah akhbar tempatan adalah satu pembohongan.

Menurutnya, dia tidak menyangka seorang yang bergelar ustaz dan menerajui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp) itu dikatakan sanggup bercakap bohong terhadap kenyataan baru-baru ini.

"Saya tidak boleh menerima dengan kenyataan Shabudin dan meminta agar menarik balik kenyataan itu.

"Sekiranya tidak maka PKR Bahagian di sini akan membuat tindakan mahkamah terhadap pembohongan beliau ini," katanya kepada Sinar Harian.

Mahamad berkata, dia meminta agar Sazali Abdullah turut sama menarik balik kenyataan di mana tindakan sama juga akan dikenakan terhadapnya.

"Saya berharap kedua-duanya menarik balik kenyataan tersebut kerana tiada ahli PKR keluar parti seperti yang digembar-gemburkan.

"Ini adalah pembohongan kerana ahli PKR yang dikatakan menyertai UMNO itu adalah sebenarnya dalam kalangan ahli UMNO sendiri. Tidak sepatutnya membuat kenyataan ahli PKR menyertai UMNO, ini menyebabkan PKR di bahagian tidak puas hati," katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Bahagian Tasek Gelugor, Salehin Mahamad berkata, sepatutnya Shabudin yang memegang tampuk institusi agama Islam bermuhasabah diri.

"AMK sekali lagi menggesa agar Shabudin meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua Maipp dan digantikan orang yang lebih berpenga-laman serta boleh bekerjasama dengan PR di negeri ini," katanya.

Salehin berkata, kenya-taan Shabudin tersebut menggambarkan satu pembohongan kepada rakyat kerana mengetahui Shabudin merupakan ahli Barisan Nasional (BN) tidak boleh bekerjasama dengan PR.
 
sumber dari sinar


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SS....
Pergilah buat kerja MAIPP,banyak benda yang tak selesai hingga sekarang!
Ada khariah masjid tak adakan masyuarat sehingga 3 tahun berturut turut...ada laporan dibuat kat SS..kata nak siasat...sehingga hari ini tak ada tindakan?
Buat lah apa yang diamanah!!
Allah akan tanya nanti!
Tak payah dok melebih ,mereka cipta cerita yang bukan bukan..macam orang yang tak tahu Agama!
Jangan hilangkan kepercayaan ahli khariah terhadap kepimpinan MAIPP
..kata nak ambil tindakan...tak kan lambat sangat kot...3 tahun lebih...kalau berjalan pun dah jauh berbatu ketinggalan...eeeeeei

Tanpa Nama berkata...

dah jenih tak makan SAMAN..hang pi SAMAN pun tak luak jenih ni...

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...