Jumaat, 10 April 2009

3 tamparan buat KJ.-malaysiakini

Semalam Najib telah umumkan senarai kabinet, jelas ia kabinet Mahathir. Kali pertama dalam sejarah Ketua Pemuda tidak ada dalam kabinet. Jelas ia kehendak Mahathir.

Dr. Mahathir adalah diantara orang yang paling gembira dengan pengumuman kabinet baru Najib. Mana taknya, Najib mengikut arahannya agar tidak memasukkan Khairy kedalam kabinet.

Yang lebih menggembirakan lagi apabila anak beliau, Mukhriz Mahathir yang mendapat kedudukan tercorot dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno dipilih untuk menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa.

Selesai tugasan Mahathir. Anaknya telah dihantar untuk meneruskan legasinya manakala legasi Abdullah telah berjaya dihentikan apabila Khairy Jamaluddin tidak masuk kedalam kabinet.

Seperti kata sebuah tulisan yang disiarkan oleh Malaysia Today, Khairy seperti ditampar tiga kali semalam apabila Najib mengumumkan kabinetnya.

  • Pertama menantu bekas PM itu ditampar apabila beliau tidak dipilih menganggotai kabinet baru.
  • Tamparan kedua ialah apabila pesaingnya dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno yang mendapat tempat tercorot, Mukhriz Mahathir dipilih menjadi Timbalan Menteri.
  • Tamparan ketiga ialah apabila Naib Ketua Pemuda Umno turut mendapat tempat didalam kabinet Najib.

Belumpun genap dua minggu Abdullah turun takhta, Khairy telah diperlakukan sebegitu rupa.

Belumpun lama beliau meraikan kemenangannya sebagai Ketua Pemuda Umno, hatinya dilukakan kembali.

Apakah nasib menantu bekas PM selepas ini?

Nampaknya Rosmah ada pesaing....Rosmah mahu mengawal sepenuhnya Najib dan dia tidak akan suka perihak Najib yang dikongkong Mahathir.

Kali ini akan lebih teruk nasib Umno apabila pergaduhan akan datang ialah krisis antara Rosmah dan Mahathir....


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Saya rasa apa yang saudara luahkan hanya spekulasi yang saudara fikir sendiri saja. jelas saudara tidak mengetahui apa yang saudara tidak tahu.
secara jelasnya, ketiga-tiga calon ketua pemuda itu telah membuat perjanjian terbuka kepada Pemuda Umno sebelum bertanding jawatan tersebut. sesiapa sahaja yang terpilih menjadi ketua pemuda malaysia tidak akan menerima sebarang jawatan kabinet. sama ada KJ, Mukhriz, mahupun khir toyo. fungsi mereka ialah untuk memimpin Pergerakan tersebut agar ianya lebih efektif.
saya lihat ia tidak menjadi masalah kepada KJ mahupun pergerakan pemuda jika tidak tersenarai dalam kabinet.
menyingkap sejarah, datuk Harun Idris dahulu menjadi ketua pemuda lebih efektif bila dia berada diluar sistem. hak orang melayu sebanyak 30% tercapai pada zaman beliau. jadi kenapa tidak sekarang? ia memudahkan sesiapa sahaja menjadi ketua pemuda untuk lebih terbuka menyuarakan pendapat dan pandangan rakyat, anggota Pergerakan pemuda terutamanya. tiada lagi tali yang mengikat mereka dengan sistem.
lain kali, jadi ahli dulu sebelum menyatakan apa-apa pandangan.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...