Ahad, 19 April 2009

Dr Koh sokong Najib, Samy kata tanding-malaysiakini

 Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kemungkinan BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, mendapat reaksi berbeza dari kalangan pemimpin gabungan tersebut.

Najib, menyatakan kemungkinan itu kepada pemberita di Pekan Pahang kerana BN tidak mahu membazirkan wang rakyat.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bagaimanapun mahu BN bertanding dalam pilihanraya kecil di kubu kuat pembangkang itu demi memelihara "integriti, prestij dan imej" BN.

"Jika kita tidak mahu bertanding, ia bermakna kita takut kepada pembangkang... kita tidak patut takut berdepan dengan mereka," kata Samy Vellu dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, tegas beliau, BN perlu meletakkan calon bertanding di situ memandangkan gabungan itu kini di bawah kepimpinan Najib "yang kuat dan berkemampuan".

"Oleh itu, menang atau kalah, kita mesti bertanding untuk memelihara prestij kita," katanya.

Setiausaha agung MIC, Datuk Dr S Subramaniam, bagaimanapun berkongsi pandangan Najib bahawa tidak perlu bertanding kerana ia membazirkan masa, tenaga dan wang rakyat.

Bernama memetik Subramaniam sebagai berkata, sebaliknya masa yang dibazirkan dalam pilihanraya tersebut boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain yang berfaedah.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga menyokong cadangan Najib untuk BN tidak bertanding dalam pilihanraya berkenaan.

Menurutnya, ia adalah satu idea yang baik untuk BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil yang berpunca daripada masalah dalaman Pakatan Rakyat.

Naib presiden Gerakan, Huan Cheng Guan turut menyokong cadangan Najib itu bagi mengelak pembaziran wang dan tenaga, tetapi menyarankan agar kepimpinan BN supaya menghalang ahli-ahlinya daripada bertanding sebagai calon bebas.

Katanya, ini kerana mereka tidak menggunakan jentera BN dan bertanding atas kemampuan dan kebolehan masing-masing.
zmp: mungkin kerana si samy tu takdapat apa-apa jawatan ler yang dia dok bising-bising.. cuba kalu dia pun dapat jawatan senator ke apa.. mesti dia pun diam macam lembu dicucuk idonggg

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...